Thursday, December 16, 2010

Terima Kasih Sahabat - Sahabat Blogku.

Untuk pengetahuan para sahabat pembaca sekalian, secara jujurnya aku katakan modal aku hanyalah sebuah komputer meja, sambungan internet, otak aku dan sedikit duit di bawah nilai RM500 sebelum aku membulatkan tekad untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun dari blog squtopus ini bermula. Adakah cita - cita aku ini akan menjadi angan - angan Mat Jenin atau bakal sehebat Bill Gate (Terlampaukah cita - cita aku ini. Hehehe), aku serahkan kepada Allah Yang Maha Pemurah untuk menentukan kesudahannya. Yang penting bagi aku, aku mesti melakukan apa yang perlu dibuat untuk ke arah itu tanpa terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri sehingga secara tak disedari menafikan ketentuan dariNya. Nauzubillah. Aku pernah berjumpa dengan seorang kenalan yang terlalu bermotivasi sehingga seolah - olah dia mempunyai hak mutlak atas apa yang telah dimiliki.

Kalau di lihat pada prestasi blog - blog aku sekarang, aku sedar masih banyak benda lagi yang perlu dipelajari dan masih amat jauh lagi perjalanan aku untuk sampai ke matlamat. Akan tetapi aku yakin sekiranya kita memberi komitmen dan usaha yang berterusan tanpa jemu dan putus asa, aku yakin tuhan pasti akan memudahkan urusanku nanti malah berkenan untuk mengurniakan "shortcut" ke arah itu asalkan aku tak putus - putus mengingatiNya. Aku sendiri mengakui pada blog aku tiada artikel - artikel yang hot, killer untuk dibaca tapi kalau ada yang sudi membaca coretan aku ini, aku amatlah berterima kasih kepada mereka. Aku anggap ia  satu penghargaan yang tak ternilai pada aku. :-). 

*P/S: Kepada akubiomed, kaki gurau, Cik Nass, Che Ahmad, Syafrizal terima kasih diucapkan kerana telah memberi respon terhadap coretan aku di blog ini. Tidak lupa juga kepada follower blogku yang sudi memberi dorongan kepadaku secara langsung ataupun tak langsung dalam menyesuaikan diri dalam dunia blogosphere ini.

Saturday, December 11, 2010

Minggu Belajar Ebay

Ebay menjadi fokus aku pada minggu ini. Sehingga ke hari ini, aku masih belum memulakan perniagaan dengan Ebay lagi memandangkan akaun Paypal aku masih belum disahkan (Akaun Paypal aku masih dalam Unverified Status) lagi oleh pihak Paypal. Sebelum itu, aku telah pun memohon pengesahan itu pada 9 December menerusi kad debit gambar ceri dari Maybank di mana menurut paypal proses itu memakan masa 3 hari. Akaun Ebay dah ada cuma tunggu verify akaun Paypal sahaja sebelum aku mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan Ebay ini. Pada masa yang sama, aku telah mendalami ilmu - ilmu berjual beli di Ebay untuk meningkatkan keyakinan dan pengetahuan. Sebenarnya aku takut jugak nak menceburi bidang ebay ini memandangkan banyak hidden cost yang boleh menyebabkan kita kecundang dalam Ebay ini di samping beberapa masalah yang sering menghantui Ebayer yang aku kenalpasti melalui pembacaan aku di blog - blog dan forum. Apa - apapun kita kena berani menghadapinya bak kata motivasi yang sering kita dengar "Orang Yang Berjaya Ialah Orang Yang Berani Untuk Gagal Dan Belajar Dari Kegagalan". Aku juga telah menyenaraikan beberapa syarikat dropship dan mengenalpasti respon dari pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan dari mereka. Memang agak sukar nak mengenalpasti syarikat tersebut memandangkan banyak faktor perlu di ambilkira bagi menilai prestasi sesebuah syarikat dropship.   

Berkenaan dengan jadual baru aku, nampaknya minggu ini aku gagal memenuhi aktviti yang perlu dibuat atas beberapa sebab iaitu masalah kepenatan mental dan fizikal serta beberapa tabiat yang tidak patut di amalkan untuk menjadi orang yang berjaya. Aku telah mengenalpasti kelemahan - kelemahan tersebut dan merancang untuk membuat sedikit modifikasi bagi membolehkan aku membahagi masa dengan efektif. Aktiviti berPTC, berForex dan berblogging terpaksa aku kurangkan sikit demi memberi tumpuan pada Ebay. 

Sementara itu, kerja aku di dunia realiti pada minggu ini aku perlu menyiapkan 2 tender bid invitation dari Petronas Carigali di samping membuat kerja - kerja berkaitan dengan sistem dokumen syarikat dan pertambahan arahan kerja seperti cara mengenalpasti tender - tender yang dikeluarkan oleh TNB dan Syarikat Swasta. Setakat ini, alhamdullillah, aku dapat mengatasinya dengan tenang walaupun masih terkemut - kemut membuat kerja. Hehehe.





RINGKASAN LANGKAH - LANGKAH SQUTOPUS

Dunia Cyber
1)Memohon pengesahan akaun Paypal menerusi Debit Card Maybank.
2)Mendalami ilmu Ebay melalui forum dan ebook.
3)Menyenaraikan syarikat dropship dan membuat penilaian ke atas mereka. 


Dunia Cyber
1)Belajar cara mengenalpasti tender - tender yang dikeluarkan melalui TNB dan Syarikat Swasta Berkenaan.
2)Menyiapkan 2 tender bid invitation dari Petronas Carigali.
3)Membuat kerja - kerja berkaitan dengan sistem syarikat ( Filing, Invoice, DO,PO dll.)

Saturday, December 4, 2010

Pembahagian Masa

Sepatutnya aku perlu memulakan tugas sebagai admin assistant pada 1 December lalu setelah persetujuan 2 belah pihak antara aku dan kawan aku ( yang offer aku untuk kerja ini). Namun begitu, disebabkan ada tugas urgent iaitu untuk menyiapkan dan menyediakan documentation untuk sebuah tender, aku dikehendaki bertugas lebih awal iaitu pada 29 November 2010. Sebenarnya ini kali pertama aku ditugaskan terlibat secara langsung dalam penyediaan tender ini, agak peninglah jugak kepala aku nak menyelesaikan tugas ini tambah - tambah pula dah lama aku tak bergiat dalam bidang ini hmm maksud aku bidang industri gas dan petroleum. Otak pun masih berkarat dan kerja pun jadi lebih slow dari biasa. Alhamdulillah hasil dari bantuan 2 orang bosku, tugasan itu berjaya disiapkan pada masa yang ditetapkan walaupun aku rasa macam tak sempurna. huhu. Sepanjang minggu ini juga, aku diberitahu bidang kerja aku secara terperinci dan pada pandangan aku, kerja ini memerlukan komitmen yang agak tinggi terutamanya dari segi penggunaan masa. Apa - apapun, aku telah membulatkan tekad untuk meneruskan dan bersikap tunggu dan lihat apa yang akan terjadi seterusnya.

Apa yang membimbangkan aku sekarang bagaimana aku nak membahagikan masa untuk kerja ini dengan kerja berkaitan dengan pendapatan internet. Aku telah membuat penjadualan semula aktiviti seharian aku dengan lebih efektif  dan aku bercadangkan ingin memperaktikkannya pada minggu depan.Pada masa yang sama, aktiviti pendapatan internet tetap masih berjalan pada minggu ini ( PTC, Forex dan Blogging ) walaupun sedikit merosot disebabkan peruntukan masa semakin terbatas setelah aku mendapat kerja baru ini. Pada minggu ini juga, aku telah membuat VISA debit kad dari Maybank sebagai langkah awal aku nak menceburi bidang perniagaan Ebay. Kad tersebut penting untuk mengesahkan akaun Paypal aku bagi memudahkan aku berurusniaga di Ebay di samping menambah fungsikan lagi perkhidmatan paypal. Sehingga saat ini, aku masih belum mengesahkan lagi akaun Paypal kerana ada perkara yang masih meragui aku. Insya Allah, minggu depan akaun Paypal aku akan disahkan. Hehehe. "Setiap Kejayaan datang dari bermacam - macam pengorbanan". Aku yakin aku mampu mencapai kejayaan asalkan aku tak merungut dan mencipta pelbagai alasan untuk mengharungi cabaran demi cabaran.    

Sebahagian Dari Jadual Pembahagian Masa Yang Telah Aku Buat (Mungkin Aku Sorang Je Yang Faham Kot. Hehehe)




RINGKASAN LANGKAH - LANGKAH SQUTOPUS

Dunia Realiti
1)Menyiapkan tender dan rfq dari pelanggan - pelanggan (Memulakan tugas sebagai pembantu tadbir)
2)Membuat jadual pembahagian masa untuk kerja dan pendapatan internet.

Dunia Cyber
1)Membuat debit kad VISA dari Maybank untuk mengesahkan akaun Paypal.
2)Aktiviti pendapatan internet masih berjalan walaupun peruntukan masa semakin terbatas, 


 

Sunday, November 28, 2010

Akhirnya Aku Mendapat Kerja Sebelum Tahun 2011 Menjengah :)

Pada minggu ini, aku dapat rasakan tahap kewangan aku semakin baik secara perlahan - lahan walaupun masih berada dalam situasi kritikal. Pada hari isnin 28 November 2010 ini, secara rasmi aku akan bekerja sebagai "admin asistant" di sebuah syarikat yang baru berusia lebih kurang 2 tahun (Hal ini telah aku ceritakan pada posting sebelum ini). Akhirnya hasrat aku untuk mendapat kerja sebelum masuk tahun 2011 tercapai dan diperkenankan oleh Allah S.W.T.Tugas aku di sini ialah menyediakan dokumen berkaitan tender, sebutharga dan kerja - kerja pejabat yang umum. Dengan kerja yang aku perolehi ini, dapatlah aku meneruskan kerja - kerja berkaitan dengan pendapatan internet di sebelah malam memandangkan waktu kerja aku terhad pada waktu pejabat sahaja ( 8.30 pg - 5 ptg ). Nampaknya aku perlu menyusun jadual yang lebih teratur agar aku dapat membahagikan masa dalam mengimbangi kerja realiti dan kerja internet aku.Sape - sape leh bagi tips tak dalam membahagikan masa ? Hehehe 

Sementara itu , aktiviti blogging aku berjalan seperti biasa walaupun tak seaggresif pada permulaan dulu. Cuma blog untuk projek Google Adsense aku terbantut kerana ketandusan idea dalam mencari artikel - artikel yang betul aku hajati. Huhuhu. (Aku masih tak berputus asa lagi tau :-) ). Namun begitu, aku boleh berasa gembira sedikit kerana prestasi FX trading aku memuaskan pada minggu ini dengan profit dari urusniaga yang dijalankan mencecah hampir 90%. (Modal Ciput bangat sih lambat lagi nak kaya. kuikuikui). Dalam masa itu juga, aku telah menyertai program affliate KOD ADSENSE dari anak tempatan yang dikenali sebagai "wana ozie"(Baru register, tak promote lagi pun). 


*P/S: Hmm kalau dah ada banner, kira dah promote la tu :-p


RINGKASAN LANGKAH - LANGKAH SQUTOPUS

Dunia Realiti
1)Mendapat Kerja sebagai Pembantu Tadbir di sebuah syarikat perkhidmatan kerja - kerja kejuruteraan elektrik

Dunia Cyber
1)Meneruskan aktiviti blogging macam biasa.
2)Berjaya memperolehi profit hampir 90% dari FX Trading
3)Menyertai program Affliate Kod Adsense dari Wana Ozie


Monday, November 22, 2010

Nak Bagi Ilmu Percuma Atau Nak Promosi Bisnes ?

Laman Web Penganjur Workshop Percuma Ebay
Sebelum itu, aku nak memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung dengan posting aku ini secara langsung ataupun secara tidak langsung. Aku hanya meluahkan apa yang aku rasa berdasarkan pengalaman aku sendiri. Pada posting sebelum ini, aku telah mengatakan bahawa aku amat kecewa menyertai workshop berkenaan dan aku akan ceritakan sebab - sebab mengapa aku berkata sedemikian.

Cuba korang semua baca apa yang terkandung dalam kotak merah yang aku telah tandakan yang bertulis "Woksyop Percuma" bukan sesi kursus pengenalan, taklimat ringkas atau yang seumpamanya kan ? Tengok pulak venue workshop ini yang bertempat di Hotel Concorde, Kuala Lumpur yang bertaraf 4 bintang. Sudah semestinya korang semua agak teruja untuk menghadirinya atau mungkin aku sorang yang naif kerana terpedaya dengan trick marketing seperti ini. Bagi aku, kalau dah dinamakan workshop percuma, aku sangkakan mesti aku akan diterangkan step by step camana nak memulakan perniagaan Ebay di samping sesi demontrasi bagaimana sesi jual beli ebay ini berlaku. Dengan title "Percuma" dari iklan yang dipaparkan , aku taklah mengharapkan kesempurnaan dari program ini tapi sudah memadailah ilmu yang diperolehi digunapakai untuk memulakan bisness ebay secara kecil -kecilan buat permulaan. Nasib baiklah aku dah study serba sedikit pasal Ebay ini terlebih dahulu jadi taklah blur sangat apabila di beri penerangan oleh penceramah. Bagaimana pula bagi orang yang ZERO pasal Ebay ini ? Aku pikir mesti sia - sia dorang datang kerana penerangan yang diberikan terlalu asing bagi mereka dan penceramah hanya fokus bercerita tentang produk dorang, proses jual beli berjalan yang pada aku orang yang ZERO pasal Ebay atau perniagaan internet pastinya tidak dapat catchup apa yang diterangkan. Aku sekali lagi memohon maaf sekiranya ini adalah kebiasaan amalan program berbentuk seperti ini kerana inilah kali pertama aku menghadiri program sebegini.

Selepas itu, aku baru mengetahui motif workshop ini dibuat iaitu untuk mempromosi kursus berbayar RM2800 sekali seumur hidup. Sesiapa yang menyertai kursus ini secara automatik berdaftar sebagai komuniti peniaga Ebay berkenaan di samping menikmati kelebihan - kelebihan lain. Bagi aku yang menghadapi masalah kewangan yang kronik, semestinya kos kursus ini adalah diluar kemampuan aku. Lagipun, mana mungkin aku melaburkan duit sebanyak sedemikian pada sesuatu yang belum nampak hasilnya lebih - lebih lagi pada pihak yang aku tak tahu sejauh mana prestasi kejayaan dan reputasinya. Namun begitu, aku takdelah mengatakan workshop ini takde manfaat langsung, sekurang - kurangnya aku dapat juga belajar cara dan idea dorang mempelbagaikan bisness dari Ebay ini. 

Aku terkilan sangat pada program ini kerana :

1) Tak dapat maklumat apa keperluan yang perlu ada sebelum seseorang memulakan bisness menerusi Ebay.
2) Cara - cara mengesahkan akaun Paypal secara lengkap.
3) Masalah - masalah berkaitan Paypal dan Ebay yang biasa dialami oleh pengguna Ebay dan penyelesaiannya.
  

Sunday, November 21, 2010

Rangkuman 2 Minggu Kembara Squtopus



Pada 13hb November 2010, aku telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Kursus Workshop Percuma Ebay. Workshop tersebut bermula seawal 9.30 pg bertempat di hotel Concorde, Kuala Lumpur selama 2 jam dalam 3 sesi berasingan. Selepas aku menghadiri workshop percuma tersebut, ada juga idea - idea yang boleh aku gunakan serba sedikit untuk dipraktikkan di dalam Ebay. Bermula 7hb November, tindakan aku hanyalah tertumpu pada persiapan untuk ke sini. Aku belajar serba sedikit pasal Ebay melalui ebook supaya tidaklah blur sangat dengan maklumat - maklumat yang ingin disampaikan selama berada di workshop ebay tersebut. Tetapi ada perkara yang aku berasa sangat kecewa tentang Workshop Ebay ini. Aku akan ceritakan kemudian pada posting yang akan datang. Selepas pulang semula ke rumah dari Kuala Lumpur pada malam hari ahad  14hb November lalu, aku mula berblogging tetapi tak macam biasa, 2 minggu ini, aku seperti kehabisan idea untuk menaip. 

Hari raya haji yang pertama, Allah dah menunjukkan jalan pada aku untuk keluar dari krisis kewangan yang teruk ini. Seorang kenalan aku yang kebetulan membeli saham syarikat dari kawannya menawarkan aku bekerja untuk syarikat tersebut dengan gaji RM800 sebulan. Alhamdulillah, betapa Maha Penyayang Allah kepadaku walaupun aku selalu melanggar suruhanNya :-(. Dia tetap memberi kemudahan bagiku mengharungi hidup. Insya allah, kalau betul seperti yang dikatakannya, bulan Desember ini aku sudah boleh mula bekerja di syarikat tersebut. Tugas aku lebih kepada kerja - kerja pengkeranian. Syarikat ini menjalankan perkhidmatan dalam bidang kejuruteraan elektrik. Kerja - kerja aku yang lain yang berjalan seperti biasa sepanjang 2 minggu ini ialah forex trading dan ptc program yang kini sudah mengumpul sebanyak USD26. 

*P/S: 2 Minggu ini perasaan malas aku semakin menjadi - jadi. Huhuhu


RINGKASAN LANGKAH - LANGKAH SQUTOPUS 

1)Menghadiri Workshop Ebay di Kuala Lumpur
2)Mendapat Peluang Kerja sebagai kerani bermula bulan Desember 2010.
3)Menjalankan aktiviti blogging, forex dan program PTC. 


Saturday, November 6, 2010

Ebay dan Temuduga Jawatan IT Department.

Pada minggu ini, aku telah menghadiri satu temuduga di Resident Inn sebagai jawatan IT setelah mendapat berita kekosongan jawatan melalui adik memberku yang kebetulan bertugas di bahagian Human Resources Department. Sebelum ini, aku telah pun pergi ke Jabatan Tenaga Kerja berhampiran untuk short list kerja - kerja yang akan aku apply nanti. Aku target aku mesti dapatkan kerja walaubagaimana sekalipun sebelum masuk tahun baru. Untuk temuduga jawatan IT ini, aku telah diberitahu oleh adik memberku ini yang bernama Cik W bahawa kerja IT ditempatnya memerlukan seorang yang tahu selok belok tentang pembaikian komputer. Dari ceritanya, pejabatnya itu hanya mempunyai beberapa buah komputer dan sistem networkingnya taklah sofistikated sangat dan akupun yakin memandangkan dari permasalahan komputer yang selalu berlaku dipejabatnya boleh aku atasi dengan tahap pengetahuan yang aku ada sekarang. Terus terang  aku cakap bahawa aku tiada sebarang sijil yang berkaitan dengan IT ini dan ini sedikit sebanyak menjejaskan permohonan kerja aku. Tentu korang ingat aku dapat kerja ini kan memandangkan Cik W sendiri bertugas di bahagian HR ?.Tunggu.... aku akan ceritakan keputusan temuduga ini kemudian.Hehehe.Sebenarnya Cik W baru bertugas di sana kira - kira 3 bulan dan kuasa pengambilan pekerja masih terhad dan di bawah penyeliaan orang atasnya. Jadi, dia terpaksa menunggu mendapat pengesahan terlebih dahulu untuk sesi panggilan temuduga.

Akhirnya pada hari khamis, aku mendapat panggilan menghadiri temuduga daripada pihak Resident Inn dan malangnya aku gagal mendapat kerja yang dipohon. :-(. Huhuhu. Sebabnya bidang tugasan IT yang dikehendaki oleh pihak resident memerlukan tahap kemahiran yang diluar kemampuan dan pengetahuan aku. Mereka menghendaki seseorang yang boleh set up server, membina laman web, mahir sistem kawalan berpusat di samping membuat tugas rutin cleanup sistem dan troubleshooting komputer. Aku hanya setakat tau general troubleshooting dan basic computer networking sahaja. Gaji yang di tawarkan sekitar RM700 - RM1000. Setahu aku bidang tugasan IT yang macam ini sekurang - kurangnya RM1500 ke atas kalau mengikut rate gaji. Ada sapa - sapa yang boleh bagi jawapan lebih tepat tak ? Oleh kerana aku tahu tahap kemampuan aku, aku pun terpaksa menolak kerja ini kerana aku memohon kerja ini atas dasar ingin menampung pendapatan aku yang tiada duit masuk buat masa sekarang. Lagipun komitmen yang diperlukan agak tinggi dan ini akan menyukarkan aku untuk memberi tumpuan pada pendapatan internet yang baru aku bina. Satu  lagi, orang atasan Cik W ini pun nampak macam tak berminat nak menawarkan kerja ini padaku setelah dia mengetahui tahap pengetahuan dan kemahiran aku. Aku redha dan percaya bahawa ini bukan rezeki aku.


Sementara itu, dalam bidang pendapatan internet pulak, aku telah pun membuat pendaftaran untuk menyertai workshop percuma memulakan perniagaan Ebay di Kuala Lumpur. Kalau nak tau lebih lanjut, korang leh melayari website prousahawan pada 13 November ini. Ini adalah sedikit dari usahaku dalam membina empayar perniagaan internet. Nanti selepas kursus, aku kongsikan pengalaman aku sepanjang berada di workshop tersebut. Pada masa yang sama, aku telah membuat satu akaun Ebay untuk aku mengexplore sedikit sebanyak fungsi - fungsi pada laman web tersebut dan belajar serba sedikit dari ebook yang berkaitan. Manakala urusan blogging aku berjalan seperti biasa dan ada nampak sedikit kemajuan dari semasa ke semasa walaupun perlahan. 


RINGKASAN LANGKAH - LANGKAH SQUTOPUS

Dunia Realiti
1)Mengambil senarai kerja - kerja (kerja bergaji rendah sekitar 800 ke bawah) dari Jabatan Tenaga Rakyat untuk dihubungi kemudian jika masih buntu mendapat kerja sebelum masuk tahun baru.
2)Temuduga jawatan IT di Resident Inn tapi gagal.

Pendapatan Internet
1)Membuat pendaftaran untuk menyertai Workshop Ebay Percuma pada 13 November 2010.
2)Membuat satu akaun Ebay 
3)Berblogging seperti biasa

Saturday, October 30, 2010

Promosi, promosi dan promosi


Usaha meningkatkan traffic untuk blog - blog aku menjadi focus pada minggu ini. Untuk tujuan tersebut, aku mula mempelajari tentang twitter melalui ebook (peringkat tadika lagi ni. huhuhu). Sebenarnya aku telah pun membuat satu akaun dengan twitter cuma aku tak tau macamana nak gunakan dan memanipulasikannya untuk mendapatkan traffic untuk blog - blog aku. Di samping itu, penglibatan aku dalam forum internet masih diteruskan bagi membina reputasi dan seterusnya mencipta potensi untuk menghasilkan para pengunjung setia. Memberi komen untuk blogger - blogger lain juga aku tak lupakan ditambah pula dengan meneruskan pula dengan sesi berfacebook. Sebenarnya aku takdelah terlalu fokus sangat untuk mendapatkan traffic sehinggakan semua orang yang di add nak diajak bertandang ke blog aku menyebabkan orang akan menyampah dengan kita. Keep it flows like natural :). Di bawah ini, ialah sumber yang menjana traffic untuk blog ini sepanjang hampir 2 bulan aku melibatkan diri dalam blogging. 

     
Ini adalah screen shot stat yang terdapat pada Blogger

Pada minggu ini juga, aku terpaksa delete beberapa blog dan kekalkan 3 blog iaitu blog ini, blog HantuPTC dan blog berbahasa inggeris untuk projek google adsense. Aku rasa aku tak boleh memberi komitmen untuk itu dengan kemampuan dan kemahiran yang aku ada sekarang. Aku juga berharap kat korang semua, tidak segan memberi cadangan atau komen jika cara aku ini tidak ataupun tidak effektif. Dari segi pendapatan pulak, harapan aku untuk memperoleh profit dari trading fx hancur apabila 2 akaun FX aku margin call (MC), 1 akaun tenat dan 1 akaun lagi telah aku topup balik. Tapi aku masih tak berputus asa kerana aku percaya kalau aku terus mendalami dan menambahkan lagi ilmu aku mengenainya, aku yakin keadaan akan berubah menjadi lebih baik. Apa - apapun aku tetap bersyukur aku masih dapat sedikit hasil dari program PTC yang aku sertai. 


RINGKASAN LANGKAH -LANGKAH SQUTOPUS 

Blogging
1)Meningkatkan jumlah trafik melalui twitter, FB dan forum - forum internet. 
2)Delete blog - blog yang tidak perlu dan kekalkan 3 blog iaitu blog squtopus, Hantu PTC dan blog untuk adsense

Trading FX
1)Topup satu akaun FX setelah akaun - akaun lain kecundang. 

Saturday, October 23, 2010

Aliran Wang Masuk Mula Kelihatan

 Sebelum ini, aku telah menerima pendapatan USD5 dari PTC yang aku sertai dan itu menunjukkan aliran wang masuk sudah mula kelihatan walaupun teramat kecil nilainya. Pada minggu ini pula, aku telah mendapat RM100 dari penjualan saham di Bursa Malaysia melalui kaunter 3174 (L&G) yang sudah aku simpan sejak 3 tahun lepas akibat ketika itu ilmu pengetahuan aku mengenai saham terlalu cetek. Isk, Isk, Isk. Aku bercadang ingin membeli saham yang sama dalam kuantiti yang lebih besar dari sebelumnya jika harga saham tersebut turun pada harga yang aku inginkan. So, sebelum itu aku akan tunggu dan lihat senario sentimen pasaran yang terkini. Ceh, macamlah handal sangat. Haha.

Selain itu, prestasi akaun trading FX aku pun nampak semakin positif apabila Dolar US mulai mengukuh. Sekarang ini, aku masih hold position Short GU. Harap - harap kenalah target profit aku minggu depan. Harap Maaf aku terpaksa merahsiakan jumlah nilai sebenar dalam urusan FX ini kerana kalau aku ceritapun buat malu kat kucing ajer pasal modalnya ciput sangat. Kuikuikui. 

Dalam berblogging pulak, minggu ini aku banyak fokus pada penambahan ilmu pengetahuan pasal Facebook. Tujuan aku ialah ingin mengoptimumkan fungsi Facebook dalam mendapatkan traffic untuk blog - blog aku. Aku juga ada mengaktifkan diri berforum dalam internet terutamanya forum forum berbahasa melayu serta memberi komen untuk blog orang lain.So, minggu ini tak banyak posting baru yang aku masukkan ke dalam blog - blog. Insya Allah. Minggu Depan aku diberikan semangat olehNya untuk lebih giat berblogging. (Semangat merundum pun satu hal jugak). 


RINGKASAN TINDAKAN - TINDAKAN SQUTOPUS

1)Menjual saham L&G (3174) yang dibeli dengan harga 0.475 dengan harga 0.540 melalui broker OSK.

2)Memegang Position Short GU hingga mencapai target profit minggu depan. 

3)Blogging
i) Menambah ilmu pengetahuan mengenai Facebook Marketing
ii) Melibatkan diri dalam Forum - forum internet berbahasa Melayu.
iii)Memberi komen pada blog blogger - blogger lain. 

Wednesday, October 20, 2010

Dinding Zon Selesa Aku Masih Belum Roboh

Setiap manusia dilahirkan dengan perangai dan sikap yang berbeza. Perangai dan sikap manusia ini terbentuk dari tindakbalas dan pengamatan terhadap perkitaran iaitu sejak kita lahir hinggalah ke hujung nyawa. Semakin lama kita terdedah dengan satu - satu persekitaran, semakin sebati satu - satu sikap atau perangai yang terbentuk dalam diri kita. Apabila makin sebati perangai kita, maka semakin sukarlah kita nak mengubahnya kepada yang lebih baik terutama jika kita mempunyai sikap yang negatif. Sebab itulah wujud zon selesa dalam diri kita dimana kebiasaan yang telah terbentuk sekian lama dalam diri kita telah menyebabkan kita begitu susah untuk keluar dari zon selesa itu.

Sehingga kini, aku masih lagi terperangkap dalam zon selesa. Dindingnya ku rasakan amat tebal untuk dipecahkan. Begitu kuat dinding ini masakan tidak ia telah terbina bertahun - tahun lama dalam diri aku ini. Seandainya aku tidak berusaha sekuat hati untuk memecahkannya, alamat sampai bila - bila aku tak keluar dari kongkongan zon selesa ini. Mana ada orang yang terus berlari sebaik sahaja dilahirkan. Semuanya perlu melalui pelbagai halangan sebelum menuju ke satu tahap yang baru. Ayuh Squtopus, kuatkan azammu, semangatmu dalam mengejar cita -cita. Janganlah kamu terus mengalah dengan kegagalan yang bertubi - tubi melanda dirimu.




P/S: Posting Untuk Motivasi Diri Sendiri. Hehehe 

Saturday, October 16, 2010

Keazaman Mula Menurun

Minggu ini, aku rasakan keazamanku menurun sedikit berbanding sebelum ini. Apa - apapun minggu ini tetap ada tindakan - tindakan dari aku dalam 5 tahun Kembara Menjadi Jutawan. Seperti yang telah aku katakan pada minggu sebelum ini, aku hanya beri tumpuan pada 3 buah blog sahaja setakat ini dalam memastikan ia betul - betul memberi pengalaman yang menarik untuk pembaca - pembaca sekalian.Walaupun begitu, aku tetap memasukkan entri - entri baru untuk blog biarpun sedikit. Entah kenapa minggu ini, otakku seperti kekeringan idea untuk menulis dan semangatku agak merosot bila mengenangkan keadaaan hidupku sekarang.   Aku hanya melakukan kerja - kerja promosi blog melalui twitterboard, facebook dan kerja - kerja appearance untuk blog - blog aku termasuk dari segi perubahan warna, penambahan dan pengujian widget. Di samping itu, aku tidak lupa memperkayakan ilmu berblogging aku melalui pembacaan dari ebook dan blog - blog individu lain. 

Sementara itu, di dunia realiti aku telah menghantar resume kerja di sebuah syarikat perkhidmatan pengurusan perkapalan berhampiran dengan rumah aku. Harap - harap ada panggilan temuduga lah dari diorang dalam bulan ini. Huhuhu. Berkenaan dengan job yang diberitahu oleh tunang adik aku, aku mahu lupakan kerana sampai sekarang masih belum ade respon dari pihak yang terbabit. Baik aku cari peluang yang lain dari menunggu benda yang pasti. Hingga ke hari ni, tahap kewangan aku masih tenat. Duit keluar masih melebihi duit masuk. Tapi aku tetap bersyukur minggu ini masih ada cahaya harapan terhadap pendapatan aku apabila aku menerima komisen sebanyak USD5 dari penyertaan PTC aku. Selain dari itu, satu kaunter saham yang aku beli di BSKL dengan Harga RM0.475 seunit telah mengalami kenaikan harga sehingga RM0.530. Aku mengambil keputusan untuk menjualnya pada harga RM0.535 ke atas minggu depan kalau ada rezeki. 
  


RINGKASAN TINDAKAN - TINDAKAN SQUTOPUS

1)Usaha Di Dunia Cyber
i ) Melakukan kerja - kerja promosi blog  melalui Facebook dan Twitter,
ii ) Menambah dan mendalami ilmu -ilmu blogging dan komputer menerusi ebook dan artikel - artikel di internet.
iii) Mengemaskini Blog Squtopus, Hantu PTC dan Blog untuk projek Google Adsense.


2)Dunia Realiti
i) Hantar Resume di syarikat perkhidmatan pengurusan perkapalan.
ii) Memperolehi USD5 dari penyertaan PTC. 




Thursday, October 14, 2010

Kerjaya - Kerjaya Yang Pernah Aku Buat - Episod 3

Nasib aku baik kali ini apabila tak sampai 2 bulan aku mendapat kerja yang baru. Kerja baru aku ini aku dapat melalui kawan baik satu kampung aku. Ketika itu, dia telah mengajak aku mencuba nasib memohon kerja sementara di loji Penyimpanan Gas Petronas berdekatan dengan rumah aku. Aku masih ingat pada pagi itu, aku dan kawanku pergi ke site office syarikat tersebut dan pagi itu juga aku dikehendaki menghadiri sesi taklimat keselamatan keesokan harinya. Sebenarnya aku tidak tahu apa kerja yang aku lakukan memandangkan inilah pertama kali aku mengalami pengalaman seperti ini. Berdebar - debar juga aku memikirkan apakah kerja yang bakal aku lakukan nanti. hehehe. Bila memikirkan kawan aku pun ada sekali dengan aku, perasaan itu terus berlalu. Biasanya masa tu masih remaja, setiap benda nak dibuat mesti nak ditemani member - member.

Hari sesi taklimat pun bermula, kawan aku tak dapat menghadiri sesi taklimat tersebut dan aku terpaksa menghadirinya seorang diri. Ketika itu, dengan karektor aku yang pendiam aku ini, tentu amat sukar bagiku menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Sejak dari peristiwa ini, secara tak langsung perwatakan aku telah bertukar menjadi lebih peramah dan friendly kerana desakan dari situasi sekeliling. 

Berbalik kepada cerita tadi, setelah aku selesai menjalani sesi taklimat, aku diberi coverall kerja, alat - alat keselamatan untuk bekerja dan mula bekerja pada hari tersebut. Barulah aku tahu bahawa kerja yang akan aku lakukan ini ialah kerja - kerja membaikpulih saluran gas kalau bahasa kampung aku ialah kerja Shutdown. Kerja - kerja ini dilakukan dalam kumpulan yang terdiri dari welder(Jurukimpal), fitter Tukang Pasang Paip), Semi Skill (Bertindak sebagai pembantu kepada Fitter dan Welder), Firewatch (Mengawasi kerja - kerja yang melibatkan penggunaan elekrik dan api) dan Helper (pekerja am atau kuli). Aku pula bertindak sebagai firewatch, semi skill dan helper sekaligus bergantung kepada situasi yang memerlukan. Di sini, aku banyak belajar ragam - ragam pekerja buruh, cara mereka bekerja, ragam tuan rumah (kakitangan - kakitangan logi yang terlibat) dan situasi bekerja yang penuh dengan risiko.  

Tentu korang berfikir aku ini berkerja untuk pihak mana ? Aku akan jelaskan sekarang. Setiap Pemilik Kilang atau Loji mesti memperuntukkan satu masa tertentu 1 - 2 bulan bergantung pada keadaan loji tersebut dalam memastikan pusat pemprosesan atau pengeluaran berfungsi dengan sempurna dan baik. Jadi, dalam tempoh tersebut, pihak loji merangkap tuan rumah akan melantik beberapa syarikat untuk melakukan kerja - kerja tersebut atau bahasa lain main contractor atau sub contractor. Jadi, aku ini bekerja untuk main contractorlah :). Aku dibayar RM6 setiap jam ketika itu. Dalam sebulan tu, pernah jugaklah aku merasa gaji hampir RM2k setelah membuat kerja lebih masa hingga lewat pagi. Aku berada di loji ini lebih kurang sebulan sebelum aku ditukarkan oleh syarikat ke loji Petronas yang lain kira - kira 1 jam perjalanan dari rumah aku hingga bulan November 2004 setelah selesai kerja - kerja shutdown. 





Saturday, October 9, 2010

Mempertingkat Ilmu Pengetahuan Sedia Ada

Setelah sebulan lebih terlibat dalam dunia blogging, blog - blog aku iaitu Blog Perniagaan PTC (Hantu PTC) dan blog ini mula menerima kunjungan pelawat walaupun masih terlalu sedikit bilangan unique visitor. Nampaknya usaha aku minggu sebelum ini memberi impak terhadap pengaliran traffic blog - blog aku.Syukur Alhamdulillah :). Di samping itu juga, aku juga telah mengemaskinikan blog mengenai informasi komputer untuk projek google adsense. Blog ini aku tak mahu usik lagi kerja - kerja SEO memandangkan kandungannya masih belum mantap lagi untuk dipersembahkan. Sebagai blogger yang masih mentah dalam selok - belok dunia berblogging ini, aku rasa ada baiknya aku fokus kat 3 blog ini sahaja. Blog - blog yang lain aku nak ketepikan dulu kerana aku takut jadi macam "Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran".

Pada minggu lepas juga aku banyak membaca ebook mengenai blogging dan komputer bagi menambah dan memantapkan lagi ilmu yang sedia ada disamping mencari bahan - bahan yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca. Aku juga berusaha untuk menguasai ilmu menganalisis data dari web analytic, keyword tracker diperingkat asas disamping mempelbagai teknik mejana traffic dengan membuat promosi menerusi twitter dan Forum - forum online tempatan. Itulah usaha - usaha yang telah aku buat untuk menapakkan diri aku dalam dunia cyber pada minggu lepas.    


Inilah jenis kereta lamaku tapi gambar ini Daihatsu Charade G11. Yang aku punya G12 bentuknya lebih kurang sama.

Sekarang aku nak ceritakan usaha aku di dalam dunia realiti pulak, hehehehe. Minggu ini, kerja di kapal yang diberitahu oleh tunang adik aku masih belum mendapat jawapan yang pasti. Daripada aku menunggu macam tu, aku telah cuba membaiki balik kereta lamaku yang telah lama tersadai. Akhirnya dengan pertolongan ayahku, tunang adikku, kereta lama aku itu berfungsi semula. Rupa - rupanya bateri kereta aku yang dah tamat jangka hayatnya. (Betul ke bateri kereta biasa jangka hayatnya sekitar 3 tahun sahaja. Ada sapa - sapa kat sini yang tau ke pasal ni ?Hmmm). Nampaknya minggu depan dapatlah aku bergerak untuk mencari kerja di bandar kalau ada rezeki. Duit bateri kereta itu terpaksa aku berhutang dulu dengan ayahku yang juga mengalami krisis kewangan yang teruk (kesian ayahku) sementara menunggu aku mengeluarkan duit ASB hari ini.

RINGKASAN TINDAKAN - TINDAKAN SQUTOPUS 


1)Usaha Di Dunia Cyber
i ) Mempelbagaikan traffic source untuk blog ini dan Hantu PTC.(Twitter , Cari Malay Forum,WangCyber dan bina hubungan dengan blogger - blogger tempatan yang lain)
ii ) Menambah dan mendalami ilmu -ilmu blogging dan komputer menerusi ebook dan artikel - artikel di internet.
iii) Memahirkan diri ilmu menganalis data web analytic dan keyword tracker.
iv) Mengemaskini blog projek untuk Google Adsense.


2)Dunia Realiti
i) Baiki kereta bagi memudahkan pergerakan aku mencari kerja di bandar.
ii)Masih mengharapkan job di kapal walaupun harapan nampak semakin pudar.



Thursday, October 7, 2010

Kerjaya - Kerjaya Yang Pernah Aku Buat - Episod 2

Semasa aku menuntut di kolej, aku telah mengambil jurusan teknologi automasi peringkat diploma. Pada masa itu, aku terlalu mengikut perasaan, leka dan main -main sehingga menyebabkan aku terlepas 1 tahun untuk menamatkan pengajian bersama rakan - rakan satu batch aku. Pada tahun akhir, aku dihantar menjalani praktikal di sebuah syarikat perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaran penghawa dingin untuk industri sebelum aku menamatkan pengajian diploma aku pada akhir tahun 2002.

Selepas memperoleh sijil diploma, aku cuba mencari kerja yang bertepatan dengan jurusan aku. Ketika itu, aku begitu cerewet memilih kerja konon - konon nak kerja jauh dari tempat lahir aku, gaji yang setaraf dan kesudahannya aku menganggur selama 2 tahun lebih. Aku pula rasa harga diriku semakin jatuh, rasa rendah diri, malu nak berjumpa dengan orang ramai kerana masalah ini. Yelah, kalau dah lama sangat menganggur, syarikat mana yang konfiden nak ambik kita bekerjakan ? Huhuhu. Kepada korang yang baru menamatkan pengajian, janganlah jadi macam aku, kalau tak dapat kerja yang diingini, janganlah memilih kerja dan carilah kerja apapun asalkan dia halal di sisi Allah. Sekurang -sekurangnya otak korang lebih terbuka sikit dengan pendedahan di alam pekerjaan yang mungkin akan membuka peluang yang baik untuk korang, mana taukan?

Akhirnya, pada awal tahun 2004, aku telah mendapat kerja yang pertama setelah sekian lama menganggur walaupun bekerja sebagai rakan kongsi perniagaan kawan - kawan ayahku. Aku merupakan rakan kongsi yang paling muda ketika itu dan dilantik sebagai administration manager (kononnya). Pada masa itu, kami hanya menjalankan perniagaan membekal tenaga kerja am untuk industri. Aku bekerja tanpa gaji dan secara sukarela memandangkan bisnes yang dijalankan masih setahun jagung dan tak patut aku berkira - kira tentang upah dari kerja yang aku sumbangkan. Lagipun aku anggap ia sebagai satu proses pembelajaran bagi aku. Selepas itu, kami telah menyewa satu bangunan dari pihak berkuasa tempatan dan membuka sebuah restoran serta menyediakan perkhidmatan mini hostel. Aku pun ditugaskan untuk menjadi pembancuh air tetap di restoran itu sementara waktu sementara menunggu arahan selanjutnya dari kawan ayahku yang bernama Hj. B merangkap rakan kongsi aku di samping 2 orang lagi iaitu seorang pesara tentera dan seorang jurutera.

Hampir 7 bulan juga aku bertugas sebagai pembancuh air dimana restoran itu dikendalikan Hj. B. 2 rakan kongsi aku yang lain bertindak sebagai pencari job untuk sumber kewangan syarikat (Entah - entah sleepy partner je). Selama itu juga aku memendam rasa, kecil hati terhadap Hj. B ini, masakan tidak, aku hanya dibayar RM200 aje sebulan. Mentang - mentanglah aku ini orang muda takut nak bersuara, senang - senang dia aje nak makan hasil kudrat orang. Dah la aku bekerja sepenuh masa kat restoran itu, aku pun ketika itu bukan budak yang kerja sementara menunggu result SPM jadi aku rasa tak sepatutnya aku dilayan macam itu. Akupun mengambil keputusan akhir bulan Julai 2004 aku meletak jawatan disebabkan terlalu kecewa dengan layanan dan sikap Hj. B yang tidak sensitif dengan situasi aku. Aku tak nak satu hari nanti bom jangka aku akan meletup dan mungkin boleh menyebabkan perhubungan persahabatan ayah aku dengan dia akan terjejas nanti. Oleh sebab itu, aku mengambil keputusan berhenti kerja.

Aku rasa aku perlukan masa untuk mengingati balik cerita - cerita mengenai pengalaman kerja aku. Bila aku dah mengingatinya, aku akan sambung cerita ini dalm Episod yang ke-3. Jom layan lagu yang touching ini dulu sebelum beredar. Hehehe.



 

Wednesday, October 6, 2010

ARGHHH !!! Aku Kena Scam

Iklan Penipuan Di Internet


Setelah korang baca iklan ini apa korang rasa mengenai tawarannya ? Mesti korang telan air liur nak menyertainya kan ? Dalam keadaan aku yang terdesak dalam nak mendapatkan duit untuk meneruskan kehidupan aku, iklan ini berjaya mempengaruhi aku. Disebabkan iklan ini, aku telah kerugian dalam RM30 lebih dan aku hanya menyedarinya setelah aku dapati akaun Perfect Money (Sebenarnya aku baru buka akaun ini semata -mata kerana iklan ini) aku tidak menerima deposit dari (http://topexchange.net) seperti yang dijanjikan. (Alahai, Lembapnya cip otak aku bertindak, Huhuhu). Selepas itu, aku cuba menghantar email pada support untuk website topexchange.net ini namun email yang dihantar direject oleh server. Lalu, aku terdetik nak buat google search mengenai exchange ini dan NAHHH! banyak list mengenai komen negatif mengenai sindiket penipuan ini. Dan akhirnya baru aku tersedar bahawa aku telah ditipu.

Aku harap korang semua jangan mudah terpedaya dengan iklan sebegini. Ambik masa untuk menyiasat dan menilai dahulu sebelum melakukan sesuatu yang kita tak pasti. Aku dikira bernasib baik kerana hanya mengalami kerugian yang sikit sahaja dari iklan scam ini. Mungkin ada lagi mangsa di luar sana yang mengalami kerugian berkali - kali ganda dari aku. Bukannya susah sangat nak membuat siasatan di zaman internet ini, semua maklumat dapat dicari dalam sekelip mata. Tapi bila difikirkan balik, bukannya aku tak terpikir tentang semua ini sebelum nak join program - program sebegini mungkin faktor kesempitan kewangan, nafsu aku telah mengatasi minda sedar aku  dan sekaligus mendorong aku terjerumus jugak ke dalam lubang yang jelas kita nampak. 

Selepas ini, aku mesti mendidik minda aku supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu secara terburu - buru. Aku anggap kesilapan hari ini bakal menjadi inspirasi kepada aku untuk terus berusaha menempa kejayaan di masa akan datang. Insya Allah. Korang semua doakan untuk aku sekali ek. hehehe. Sebelum itu, aku nak buat alert message untuk korang semua.




Segala  program melibatkan http://topexchange.net  adalah program SCAM!!!!!













Monday, October 4, 2010

Peristiwa Minggu Lepas


Minggu lepas, aku telah sms tunang adik aku berkenaan dengan status kerja di kapal malangnya dia memberitahu aku dia pun masih menunggu panggilan dari pemilik kapal itu untuk mengetahui status terkini. (Huhuhu macam gelap gambar je bunyinyer).Katanya lagi dia akan menghubungiku segera jika mendapat maklumbalas tentang job ini. (Ayat standard nak sedapkan hati bakal abang ipar...hehehe). Dalam kepalaku kini sedang mencari jalan lain untuk mengatasi masalah ini. Aku tak boleh terus menunggu begini. Insya Allah dalam minggu ini, aku bercadang nak mengeluarkan duit ASB aku yang sekarang ini tengah nyawa - nyawa ikan. Terpaksalah, sekarang aku terdesak nak pakai duit. Aku nak gunakan duit itu untuk membaiki kereta lama aku yang dah lama tersadai kat rumah. Dengan kereta itu, dapatlah aku bergerak bebas sikit untuk mencari kerja kat bandar. 

Mengenai kerja aku di dunia cyber pulak, aku telah membuat SEO ringan - ringan untuk 2 blog aku (Blog ini dan Blog Perniagaan PTC) dengan menghantar URL blog - blog ini ke dalam search engine utama seperti yahoo.com, Bing! (MSN Live Search). Ada 2 blog lagi yang tidak disebut aku ketepikan dari sebarang tindakan kerana buat masa ini aku hanya nak beri tumpuan pada 2 blog ini saje dahulu Selepas itu, aku mendaftarkan diri dengan Facebook, Technorati untuk mempelbagaikan sumber traffic untuk blog aku. Di samping itu juga, aku juga melibatkan diri dalam social bookmarking site iaitu Malaysia Story untuk tujuan yang sama. Sebenarnya semua ini aku pelajari secara bersendirian dari ebook - ebook (Aku akan buat satu topik  khas untuk buku - buku yang telah aku baca), guru - guru maya, blog- blog , forum - forum internet secara sedikit demi sedikit. So, ape yang perlu aku buat sekarang ialah menguasai bagaimana site - site tersebut berfungsi dalam menjana traffic untuk blog -blog aku. 

Aku juga telah mempelajari serba sedikit bagaimana nak menggunakan web atau blog analytic data menerusi google analytic, getclicky dan flagcounter. Pada masa yang sama jugak, aku telah mengkaji widget - widget, blog appearance untuk disuaipadankan dengan blog - blog aku. Itulah usaha yang telah aku buat pada minggu lepas. Korang masih ingat tak mengenai salah satu blog aku yang kena reject oleh google adsense ? Blog itu aku hentikan dulu buat sementara waktu kerana aku telah membuat satu blog baru khas untuk google adsense dengan niche "computer information" (Betul ke pemahaman aku pasal niche ni ? Kalau salah, harap tegur ye.. hehehe). Blog itu masih diperingkat pengisian content. Aku merancang untuk submit blog pada google dalam masa 2 bulan dari sekarang. Harap - harap berjayala. Amin.



RINGKASAN TINDAKAN - TINDAKAN  SQUTOPUS

1)Kerja Offline
i ) Masih menunggu status bila job kat dalam kapal itu akan dapat.
ii ) Merancang untuk mengeluarkan duit ASB untuk membaiki kereta, membayar bil -bil utiliti  dalam minggu ini


2)Membuat basic SEO untuk blog ini dan Blog Perniagaan mengenai PTC program (Paid-To-Click)
i) Hantar URL ke enjin carian utama. (Yahoo!,Bing!, Technorati)
ii)Membuat akaun Facebook, Malaysia Story Bookmarking  untuk dapatkan traffic.


3)Membuat blog baru (Tujuan untuk mendapatkan akaun Google Adsense)
- Guna niche computer information dan masih dalam peringkat pengisian content.
- 2 bulan dari sekarang baru apply akaun.

Saturday, October 2, 2010

Terima Kasih Banyak Sayang :-)

Sehingga hari ini, masih banyak sikap buruk yang masih melekat pada diriku  dan aku rasakan ia amat sukar dikikis. Kalau aku tak bertegas nak mengatasinya, alamat sampai bila - bilapun matlamat aku akan terbantut setengah jalan. Malah dah banyak usaha dibuat, pada mulanya nampak berjalan lancar dan teratur, apabila dihalang oleh satu -satu perkara, ianya kembali ke asal sebelum ia bermula. Ibarat membina istana pasir di tepian pantai, apabila penat - penat kita membuat istana pasir yang begitu besar dan cantik, sekali datang deruan ombak, istana itu roboh dan hilang dibawa air laut. Aku perlu mempunyai keazaman dan motivasi yang kuat lagi untuk mengatasi masalah ini. Untuk pos kali ini, aku nak berjiwang - jiwang sikit ok? hehehe.Harap maaf jika pos kali ini membuat korang rasa nak termuntah. hahaha.

30hb September 2010 lepas merupakan hari yang amat bermakna padaku. Pada tarikh itu, seorang insan telah hadir dalam hidupku dan dialah juga insan yang banyak memberi semangat dan motivasi kepada aku untuk terus mengharungi kehidupan ini. Tarikh itu juga, dia menerima cinta aku secara rasmi dan aku menyambutnya dengan penuh rasa bersyukur kepadaNya kerana telah mempertemukan aku dengan insan istimewa ini. Kehidupan aku menjadi lebih berwarna warni dengan kehadirannya. Namun begitu, aku sebenarnya berasa amat bersalah padanya kerana sepanjang 2 tahun tempoh percintaan kami, kami hanya sempat bersua muka 2 kali sahaja. Itupun dia sendiri yang mengambil iniasitif untuk berjumpa denganku. Lantaran masalah kewangan dan rasa rendah diri aku terhadap masyarakat sekeliling, sebenarnya aku keberatan untuk bertemu dengannya kerana aku tak mahu dilihat kecil dan lemah di matanya. Setelah berjumpa dengannya, akhirnya aku tau dia benar ikhlas mencintai aku seadanya.

Kami tak seperti pasangan kekasih lain yang sentiasa berjumpa setiap kali ada kelapangan  masa di hujung minggu atau bulan dan pada masa yang sama melakukan aktiviti - aktiviti yang menyeronokkan bersama. Dia ada juga merungut padaku kenapa kami tak seperti mereka, aku hanya mampu memekakkan telinga dan buat - buat tak tahu. Aku tau jauh di sudut hati dia amat menginginkan sedemikian tapi apakan daya dalam keadaan sebegini, aku tak mampu nak memenuhi keinginannya apetah lagi nak memenuhi keinginan aku sendiri. Setelah diberi penjelasan, dia akhirnya faham dan tetap bersabar denganku. Terima kasih banyak sayangKu. Aku tak salahkan dia kalau dia merungut kerana dia pun manusia normal yang ada perasaan dan emosi. Kalau aku duduk di tempat dia pun, aku pun mungkin bersikap sedemikian. Insya Allah, aku berjanji pada diri aku yang aku takkan mempersiakan percintaan kami ini.  

Kalau dia ada membaca blog aku ini, aku hanya nak ucapkan terima kasih banyak kerana memahami aku, sabar dengan keadaanku dan mencintai diri aku dengan ikhlas. Selamat Ulangtahun ke-2 percintaan kita sayang. 

I LOVE U SO MUCH ALIEYA 

 

Wednesday, September 29, 2010

Langkah Awal Telah Bermula

Tahap kewangan pun telah diketahui dan tindakan perlu segera dibuat. Sekarang ini, aku perlu fokus untuk mengatasi perkara no. 3 seperti yang telah disebutkan pada posting sebelum ini iaitu dari segi sumber kewangan. Masalah utamanya sumber - sumber kewangan aku sekarang memberi kadar pulangan yang terlalu rendah disebabkan faktor masa, kekurangan ilmu dan risiko yang tak menentu.

Untuk pengetahuan korang, aku telah belajar membuat blog dengan harapan aku dapat membuat duit dengannya. Setakat ari ni, aku telah membuat 4 blog. 1 Blog untuk perniagaan, 2 Blog untuk peribadi terdiri dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan 1 Blog untuk menjana pendapatan dari Google Adsense. Semuanya masih diperingkat pengisian content (SEO pun belum buat lagi). Minggu lepas aku telah membuat permohonan untuk mendapatkan akaun Google Adsense melalui Blog aku tapi malangnya permohonan aku ditolak atas alasan isi kandungan blog aku tidak diterima buat masa ini. Kecewa jugak rasanya bila jadi macam tu, yelah penat - penat aku pikir nak buat ayat - ayat dalam bahasa omputih (Kalau bahasa melayu takpelah jugak..huhuh) last - last direject oleh google. Lemah semangat aku dibuatnya. Tapi takpelah, aku simpan dulu blog itu dan aku bercadang nak gunakannya untuk cara jana pendapatan yang lain. Pada masa yang sama, aku akan membuat satu blog baru agar menepati apa yang google nak.

Disamping itu, tunang adik perempuan aku ada memberitahu aku peluang kerja yang melibatkan kerja - kerja penyelenggaraan komponen elektrik diatas kapal. Tugas aku hanya perlu mencabut komponen - komponen yang rosak dan memasang semula komponen - komponen tersebut sesudah dibaiki menurut katanya. Sehingga hari ni, aku masih menunggu berita susulan pasal peluang kerja itu tapi belum mendapat jawapannya. Kalau ditakdirkan aku tak dapat bekerja jugak dalam masa terdekat, aku rasa aku perlu mencari alternatif lain untuk memperoleh wang masuk. Forex trading aku masih berjalan seperti biasa walaupun baki wang yang ada seperti "hidup segan, mati tak mahu". Mampukah aku mencapai matlamat menjadi jutawan dalam masa 5 tahun ?



RINGKASAN LANGKAH - LANGKAH AWAL SQUTOPUS

1)Membuat Blog
i ) Blog Perniagaan mengenai PTC program (Paid-To-Click) - Belum Buat SEO
ii ) Blog Peribadi Bahasa Melayu (Blog inilah. Hehehe) - Belum Buat SEO
iii) Blog Peribadi English (Untuk Improvekan BI aku) - Belum Buat SEO
iv) Blog English untuk Adsense (Pasal Pendapatan Internet) - Belum Buat SEO
(Permohonan untuk mendapatkan akaun adsense direject oleh google)

2)Merancang Membuat Blog Baru yang Menepati Kehendak Google Adsense
- Sedang menganalis dan mencari niche yang sesuai

3)Menunggu panggilan Kerja Pemasangan Komponen Elektrik dalam Kapal
- Kerja on job paying. Selepas buat kerja terus dapat payment
- Kalau tak dapat, cari alternatif lain untuk mendapat wang masuk.

Monday, September 27, 2010

Kerjaya - Kerjaya Yang Pernah Aku Buat


Kalau nak dicatatkan pada resume, kerjaya - kerjaya yang pernah aku lakukan sepanjang hidup aku taklah seGAH dan sehebat manapun. Huhuhuh. Lagipun, aku menulis pasal ini hanya sekadar berkongsi cerita dengan para pembaca blog aku ini disamping membuat penilaian adakah orang seperti aku masih ada ruang untuk berjaya seperti orang lain ? Pentingkah latarbelakang sejarah kerjaya seseorang dalam menentukan kejayaan hidup ? Tunggu !! Hehehehe. Simpan jawapan korang semua dalam hati dulu. 

Jika nak diceritakan secara terperinci, kerjaya aku bermula sebelum aku mula memasuki tadika lagi. Aku tak pasti umurku ketika itu berapa tahun, 3 tahun kot. Ketika itu, nenek angkatku seorang peniaga makanan seperti nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, keropok lekor secara kecil - kecilan. Makanan - makanan tersebut akan dihantar ke restoran - restoran yang berdekatan. Aku dan adik - beradikku seperti biasa ditugaskan menjadi courier tak berlesen menghantar barang jualan tersebut. Dapatlah kami adik -beradik upah yang mencukupi untuk membeli gula - gula dan makanan ringan seperti ding - dang, kum - kum, mamee dsb. Haha. ( Hmm ini dikira kerjaya gak ke atau pertolongan seorang cucu untuk neneknya ....). Bila aku memasuki sekolah rendah, ketika umat islam mula berpuasa, aku menjadi peniaga kad raya yang masuk angin keluar asap pada rakan - rakan sedarjah. Masakan tidak, aku beli kad -kad raya modal RM1.20 pada ketika itu 5 keping perpaket  dan aku jual harga yang sama. Untung tidak, Rugi pun tidak. Aduhhh..... apa - apapun dapat jugak aku merasa pertama kali pengalaman menjadi peniaga.

Bila memasuki sekolah menengah ketika di tingkatan 1, aku juga sempat menolong nenekku menjual nasi lemak pada rakan - rakan satu tingkatan walaupun sekejap sebelum aku ditukarkan ke sekolah asrama penuh hinggalah sampai ke tingkatan 5. Selepas SPM dan sementara menunggu keputusan keluar, pertama kali aku merasa pengalaman menjadi pekerja bergaji seingat aku dalam purata RM200 sebulan sebagai stewardess merangkap tukang basuh pinggan, gelas, mop lantai, bancuh air dan ambik order) di sebuah kantin. Kantin tersebut ialah kantin untuk pemandu - pemandu lori trailer yang menunggu giliran untuk mengangkut barang dari kilang tersebut. Sempat juga aku melihat gelagat mereka yang gila - gila muka tembok. Ada ke patut, dorang main tarik - tarik seluar sesama mereka sampai ternampak bontot depan kak cashier yang masih muda kat tempat aku bekerja. Tak patut ..... Selepas itu, aku ditawarkan memasuki kolej berhampiran dengan rumahku sehingga aku menamatkan pelajaran di sana. 

Otak aku dah penat untuk meneruskan penulisan ini, rasanya cukuplah setakat ini dan aku bercadang ingin menyambungkan cerita ini pada posting yang akan datang. Insya Allah.


Saturday, September 25, 2010

Keputusan Analisis Tahap Kewangan

Aku mengambil masa 3 hari untuk menyiapkan satu laporan mengenai status tahap kewangan aku sekarang (Ceh, macam pakar kewangan pulak aku ini. hehehehe). Di bawah ini, aku paparkan kepada pembaca hasil report tahap amatur aku itu. Mungkin korang leh sumbangkan idea yang lebih bernas, siapa taukan ? Di blog aku ini, aku hanya memaparkan anggaran nilai kasarnya sahaja kerana nilai sebenar adalah rahsia kerana ia adalah maklumat yang terlalu peribadi.

1) NILAI ASET SEMASA
Aku campurkan nilai Simpanan Tetap aku di bank - bank, nilai terkini kaunter saham  Bursa Malaysia yang masih aku pegang, Barang Peribadi dan Hasil Pendapatan PTC(Pay-To-Click) program yang telah aku jalankan. 
Anggaran Nilai : Kurang dari RM5000. 

* Nilai Modal Trading Forex aku tak masukkan kerana bagi aku perniagaan ini terlalu berisiko dan modal boleh lesap bila - bila masa sahaja. Jadi, aku anggap modal ini sebagai consummable things (Barang -barang untuk digunakan dan musnah). Satu lagi aset aku tak masukkan ialah KWSP aku kerana bagi aku aset ini kita tak boleh kawal sepenuhnya (Nak keluarkan duit dia leceh dia punya proses, itu apa yang aku dengarlah, aku sendiripun belum pernah keluarkan lagi. Hehehehe).

2) NILAI LIABILITI SEMASA
Untuk Liabiliti ini, aku hanya menyenaraikan bil internet dan pinjaman pelajaran aku yang dah lama aku tak bayar akibat masalah kewangan. Bil - bil utiliti yang lain seperti air, letrik, telefon, roadtax kereta, yuran lesen memandu aku tak masukkan kerana pada masa sekarang 2 jenis liabiti yang aku senaraikan tadi no compromise type liabiliti.Kalau aku tak bayar liabiliti ini, punca pendapatan aku akan lenyap dan mana mungkin aku boleh lepas dari hutang pinjaman pelajaran. Liabiliti - liabiliti lain pun penting juga memandangkan aku boleh minta bantuan dari adik - adik aku, buat masa ini aku akan liabiliti itu boleh diketepikan dulu.
Anggaran Nilai : RM12000

3)SUMBER KEWANGAN SEMASA
Sumber Kewangan aku amat terbatas dan amat perlahan. Inilah aku rasa punca utama masalah aku. Aku terlalu bergantung pada FX Online trading yang terlalu berisiko, kaunter saham Bursa Malaysia yang memakan masa yang lama untung menikmati keuntungan, Sijil ASB yang hanya boleh dinikmati keuntungan setahun sekali dan Program PTC yang kadar janaan wangnya yang amat perlahan. Aku perlu membuat tindakan untuk mengatasi masalah ini. Tengok kepada nilai pendapatannya sudah mengecewakan aku tapi itu tak bermakna aku akan berputus asa. Sesekali Tidak
Anggaran Nilai : RM18

Gambar Ini Menunjukkan Laporan Keadaan Kewangan Aku  Sekarang Walaupun Taklah Sehebat Manapun. Huhuhuhu. Baik ada dari tak adakan? 


KESIMPULAN DAN TINDAKAN

1) Aku kena kawal atau cuba kekalkan nilai aset semasa aku untuk elakkan penggunaan wang untuk benda yang tidak perlu melainkan untuk perkara yang tidak dapat dielakkan. Nauzubillah.

2) Kalau boleh, aku nak tambahkan liabiliti aku. Kesianlah kat adik - adik aku  padahal diorang pun ada rancangan kewangan masing -masing. At least, aku boleh kurangkan beban dorang sedikit demi sedikit.

3) Perkara paling pokok untuk penyelesaian masalah ini, jika aku berjaya memaksimakan nilai sumber kewangan aku  boleh dikatakan masalah aku 80 peratus selesai. Aku akan kekalkan sumber kewangan yang sedia dan aku akan memikirkan cara lain menambah pendapatan. Kalau boleh, aku mahu mencari kerja tetap yang tak memerlukan komitmen masa yang tinggi seperti kerja masa pejabat sahaja. Sekurang - kurangnya, pada malam hari aku boleh buat kerja sambilan di rumah. 

  

Wednesday, September 22, 2010

Pengembara Squtopus Memulakan Langkah Pertama

Seperti yang korang semua tahu, sebelum korang memulakan perjalanan apa yang korang buat dulu ? Aku dapat rasakan mesti bermacam - macam jawapan yang keluar dari kepala korang kan. Aku tak boleh katakan jawapan korang salah kerana yang penting apa yang korang buat itu mencapai tujuan awalnya. Untuk aku sendiri, aku sudah memikirkan secara kasar apa yang perlu aku buat dulu sebelum aku mula mengembara untuk mencapai kebebasan kewangan. Matlamat sudah ditetapkan cuma menunggu langkah untuk dimulakan samada dengan meniarap dulu, merangkak, berjalan ataupun berlari terpulang kepada diri sendiri yang menentukannya. Selebihnya aku hanya bertawakal padanya.

Tujuan aku menulis di segmen Kembara Squtopus ini adalah untuk berkongsi pendapat dengan pembaca perjalanan aku dalam mengejar nikmat kebebasan kewangan secara real time. Aku akan ceritakan semua yang aku buat dalam mencapai objektif ini. Sama ada berjaya atau tak biarlah Allah sahaja menentukannya. Jika korang rasa cara aku ini berguna untuk korang manfaatkan, gunakanlah. hehehe. Jika korang rasa cara aku ini salah, harap tegur kesilapan aku dan bagi cadangan untuk mengatasi masalah yang timbul dari apa yang aku buat. Aku sedia menerima kritikan dan teguran dari pembaca semua.

Sebenarnya, semalam aku telah menulis rancangan awal aku pada buku catatan aku. Aku rasa perlu aku mengenalpasti dulu tahap kewangan aku sekarang. Aku telah mencatat bahawa aku perlu mengkaji 3 aspek penting dalam proses mengenalpasti tahap kewangan aku sekarang. 3 aspek yang dimaksudkan ialah :
  

 



1) ASET YANG SEDIA ADA                                                                                
Aku akan mengira jumlah wang simpanan aku di bank - bank, ASB, Nilai Saham Bursa Malaysia yang aku masih pegang sekarang, Aset Forex Online, Duit pada akaun Paypal aku hasil menyertai program PTC(Pay To Click) dan Harta - harta persendirian. 

2) LIABILITI SEKARANG                                                                                  
Tanggungan aku sekarang tak banyak cuma bil internet yang biasa aku bayar bulan - bulan. Bil - bil utiliti yang lain biasanya adik - adik aku yang lain yang bayar melainkan jika terdesak baru aku akan tampung. Untuk makan pun adik - adik aku yang support (Huhuhu... betapa tak bergunanya aku :( ) tapi memandangkan kami adik -beradik masih tinggal dengan ibubapa, masalah makan minum ni bukanlah masalah utama bagi kami. Roadtax kenderaan, Lesen Memandu buat masa ini boleh diketepikan dulu. Selain daripada itu, aku juga mempunyai hutang pinjaman pelajaran yang agak tinggi. Alhamdullillah setakat ini, Aku sekeluarga belum terpikir lagi untuk membuat pinjaman ALONG. hehehe. 

3) SUMBER KEWANGAN                                                                                         
Aspek inilah menjadi masalah terbesar aku. Sekarang, adik perempuan akulah yang paling banyak menyumbang kewangan untuk keluarga diikuti dengan adik lelaki aku. Ayah aku tak bekerja lagi kerana dia kini lebih menumpukan pada hal - hal akhirat ( Biarlah turn anak - anak pulak yang tanggung mak ayah ). Mak aku pulak ialah seorang suri rumah sepenuh masa. Aku pulak berharap pada hasil FX online yang sehingga kini masih belum menikmati hasilnya lagi disamping aktif dalam program klik - klik dapat duit (PTC). Aku bercadang untuk mencari kerja sampingan buat masa terdekat untuk mengurangkan sedikit beban liabiliti keluarga aku.    


Insya Allah, dalam minggu ini jugak, aku akan update hasil terperinci tahap kewangan aku bagi memudahkan aku merancang apa yang perlu dibuat untuk atasi masalah kewangan yang kronik ini bagi iktibar para pembaca sekalian.                                                                                                                                    

Sunday, September 19, 2010

Kembara Squtopus Mencari Kebebasan Kewangan

Sehingga ke saat aku menulis entri ini, aku masih lagi berperang dengan diri sendiri. Aku tau perang ini takkan habis sehingga sampai ke hujung nyawa. Musuh - musuh utama aku sekarang ialah MALAS dan KEAZAMAN YANG LEMAH. Kalau dua musuh ini aku tak dapat nak kalahkan, sampai bila - bilapun hidup aku akan terus begini. Aku cuba menentang dan perlahan -lahan aku dapat rasakan musuh - musuh aku mula mengalah, masakan tidak, perasaan malas aku dapat dikurangkan dengan penulisan aku di blog ini. Perasan bagus nampak. Hehehe.

Sebenarnya masalah aku selama ini disebabkan kurang keyakinan diri yang melampau akibat masalah kewangan sampai satu ketika kesihatan aku pun terganggu akibat terlalu memikirkan masalah ini. Itulah punca utama aku fikir kenapa ia jadi begitu. Badanku lemah, lesu dan keletihan, otakku seperti tersumbat, tak boleh fokus melakukan satu - satu perkara, sakit kepala berpanjangan sebab masa itu bagi aku , seolah - olah wang adalah tuhan aku. Aku terlalu obses dengan wang sehingga aku lupa sebenarnya wang tak boleh membeli kebahagiaan dan ketenangan tapi yang boleh memberi semua itu hanyalah Allah Tuhan Yang Satu.

Kini, beransur - ansur aku memperoleh ketenangan dan kebahagiaan walaupun perjalanananya masih amat jauh lagi untuk sampai ke destinasi yang diharapkan. Di samping aku mengejar cita - citaku, aku mesti pastikan diri aku tak terlalu taksub dengan apa yang ingin dicapai kerana aku tahu Dia Yang Berhak Atas Segala -Galanya. Andaikata aku tak dapat apa yang diingini, aku pasrah dan redha terhadapNya. Tapi itu tak bermakna aku telah berputus asa, selagi nyawa dikandung badan, aku akan terus berusaha asalkan tidak bertentangan dengan apa yang diKehendakiNya.

Fokus aku terhadap cita - citaku sekarang ialah untuk mencapai apa yang dikatakan itu kebebasan kewangan atau bahasa directnya menjadi kaya dengan harta dunia. (Aku ingatkan kepada korang semua jangan terlalu mengejar harta dunia ini tapi carilah ia mengikut apa yang diredhai Allah sebab dengan Redha Allah sahaja semua rancangan kita akan dipermudahkan.). Aku meletakkan matlamat yang aku ingin menjadi jutawan dalam masa 5 tahun dari sekarang. Harap korang semua mendoakan kejayaan aku ya ? :-)

* P/S : Aku akan ceritakan apa yang aku buat dari semasa ke semasa perjalanan aku dalam mencapai matlamat menjadi jutawan dalam masa 5 tahun akan datang di bawah Label Kembara Squtopus. 

Friday, September 17, 2010

Eidulfitri Membawa Tuah Ataupun Sebaliknya ?

Setakat hari ini, mood raya masih lagi jelas kelihatan bagi umat islam di Malaysia. Seperti tahun - tahun sebelum ini, ramai di antara kita mengadakan rumah terbuka di sana sini dalam bulan Syawal ini. Aku sendiri pun dah menghadiri rumah terbuka kawan - kawan rapatku. Sebenarnya, dah lama aku tak merasakan kemeriahan dan kegembiraan hari raya ni sampai ke saat ini pun. Aku lebih banyak menyepikan diri dan boleh dikatakan hari raya ini keseluruhan masa aku dihabiskan di rumah sahaja. Tiada kawan - kawan bertandang bertanya kabarku melainkan ada beberapa orang yang aku boleh anggap sebagai sahabat dunia dan akhirat. Diorang la sentiasa ada disamping aku ketika susah dan senang. Syukur kepada Allah kerana masih mengurniakan aku sahabat - sahabat yang sedemikian.

Tentu korang tertanya - tanya kenapa aku menyepikan diri dari kawan - kawanku malah boleh dikatakan aku menyepikan dari masyarakat. Semuanya berpunca dari rasa rendah diri aku, kurang keyakinan diri tatkala mengenangkan hidup aku yang tak pernah merasa nikmat kebebasan kewangan. Semakin hari, tahap kewangan ku semakin teruk sehinggakan aku malu nak berhadapan dengan orang ramai. Memang semua orang mengatakan masalah aku normal tapi bagi aku adakah normal jika orang seusia aku ni selayaknya sudah memiliki keluarga sendiri, aset seperti kereta, rumah sedangkan aku masih terkapai - kapai menyara diri dan masih tinggal dengan ibubapa ? Mungkin aku terlalu obses dengan wang dan melupakan siapa PEMILIK punca rezeki iaitu Allah Yang Maha Pemurah. Oleh kerana itu, aku mulai redha dengan keadaan itu dan ingin memperbetulkan balik niat aku itu.

Bulan Ramadhan tahun ini menjadi titik pemula bagi perubahan hidupku dan aku amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan dan menghayati ibadah itu lebih baik dari sebelum ini walaupun masih jauh dari sempurna. Cuma pada hari - hari terakhir bulan Ramadhan dan sehingga hari ini, aku tewas balik dalam berperang dengan diri sendiri untuk berubah. Memang terasa amat sukar bagi aku nak mengekalkan keadaan sebelum ini dan mengembalikan balik tempo hidupku ke laluan asal. Tapi tak mengapalah, selagi aku bernyawa, aku akan teruskan usaha aku ini. Semoga tuhan memberkati usaha aku ini.Amin.

Wednesday, September 1, 2010

Rekod Ramadhan Squtopus Tercalar........

2 - 3 hari ni rekod bersih aku dibulan yang mulia ini mula tercalar. Dah tergelincir sikit dari landasan. huhuhu. Sebabnya 2 hari ni aku meninggalkan solat terawih berjemaah dan melakukan perkara - perkara (rahsia.... hehehe) yang memecahkan tembok keimanan yang telah aku bina selama ini. Tapi aku tetap bersyukur kerana Tuhan telah mengizinkan aku menghayati ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelum ini. Alhamdulillah.

Itu tidak bermakna aku telah berpuas hati dengan keadaan sekarang, aku tetap berusaha untuk kembali berada dilandasan semula agar ramadan kali ini memberi titik perubahan besar dalam hidup aku. Lagipun Tuhan tidak suka pada hamba - hambaNya yang berputus asa. Apa yang aku tau sekarang, tak guna aku menyesal sekarang kerana masa tetap terus berlalu samada kita suka atau tak. Apa yang penting sekarang ialah terus memandang ke depan dan berusaha mengelak dari mengulangi kesilapan yang sama dan pada masa yang sama berusaha untuk mempertingkatkan keadaan yang sedia ada menjadi lebih baik. Sesungguhnya aku tau Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang.


Thursday, August 26, 2010

Oh Ramadhan, Janganlah Kau Pergi Dariku

Sedar tak sedar, bulan Ramadhan dah sampai dipertengahan menunjukkan begitu pantas masa beredar sejak kebekangan ini. Alhamdullillah, aku merasa sangat bertuah kerana Allah S.W.T masih mengurniakan aku kesihatan dan kekuatan dalam menghayati bulan yang mulia ini walaupun tak sempurna seperti yang diharapkan. Aku rasa inilah Ramadhan yang terbaik bagiku sejak aku dewasa ini. Biasanya bila dah sampai waktu ini, aku dah tak pergi menunaikan solat sunat Terawih dan Witir. Leh dikatakan bilangan aku menunaikan Terawih dibawah 10 kali dari 30 hari berpuasa. Huhuhu, sedihnya aku bila mengenangkan betapa ruginya aku gagal menghayati bulan ini sepenuhnya. Apa - apapun aku sangat bersyukur kerana tahun ni aku lebih menghayati bulan yang mulia ini, semoga Tuhan berikan aku kekuatan melaluinya sampai ke penghujung Ramadhan ini.

Kenapa aku berfikiran sedemikian ? Entahlah, mungkin disebabkan sebelum ini aku telah dihukum atau diuji oleh Tuhan dengan kesempitan rezeki berikutan kelalaian dan kealpaan aku dalam memenuhi perintahNya. Segala perkerjaan yang aku buat semuanya seperti tak menjadi dan sehingga sekarang aku masih menjadi penganggur yang masih terkial - kial mencari tapak dan hala tujuan dalam hidup.Kawan - kawan sebaya ku ketika ini sudah pun mengecapi nikmat kehidupan berumahtanggan, ada anak dan pekerjaan yang baik sedangkan aku masih mencari - cari harga diri aku. Ahhhh! Aku malas nak pikirkan lagi perkara dulu sebab aku dah membuka buku baru bermula Ramadhan ini. Aku harap bulan mulia ini bakal menjadi titik tolak perubahan hidup aku. Amin.



Tuesday, August 24, 2010

Setiap Perbuatan Di Mulai Dengan Niat

Assalamualaikum W.B.T,

Tersenyum sendirian aku bila memikirkan bagaimana aku boleh terlibat dalam dunia blog ini. Opss, lupa aku memperkenalkan diri aku secara ringkas. Panggil aku SQUTOPUS saje. Buat masa ini, aku hanya mahu dikenali dengan nama SQUTOPUS memandangkan aku masih setahun jagung dalam bidang ini. Keyakinan  aku masih terlalu rendah untuk mendedahkan siapa aku yang sebenarnya.

SQUTOPUS ? Tentu korang terpikir apekebenda SQUTOPUS ni ? hehehehe. Sebenarnya ia kacukan 2 hidupan yang sama spesis tapi berlainan rupa. Masih tak nampak lagi ? Perkataan ini aku ambil dari SQUID + OCTOPUS = SQUTOPUS. Dua - dua spesis sotong kan tapi rupa dorang tak sama. hehehehe. Rasanya cukuplah ini sahaja pengenalan ringkas mengenai diri aku.

Berbalik kepada topik asal, kenapa aku letakkan tajuk "Setiap Perbuatan Di Mulai Dengan Niat" ialah untuk mengingatkan aku semula bahawa setiap niat yang baik dan ikhlas akan mendatangkan kesan atau hasil yang baik di kemudian hari. Dulu, aku selalu membuat sesuatu perkara hanya semata -mata memikirkan keuntungan dan pulangan yang setimpal hingga keikhlasan itu luput dari hati aku. Akibatnya, semakin lama keuntungan dan pulangan yang diharapkan semakin menjauhi diri aku, jiwa aku tak tenteram kerana merasa rezeki semakin sempit padahal hakikatnya rezeki itu datang daripada Tuhan Yang Maha Pemurah dan Dia berhak menentukan rezeki itu pada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Akhirnya, aku mendapati niat aku inilah yang menjerumuskan aku ke dalam lubang yang aku cipta sendiri. 

ALLAHUAKBAR!! Niat dan Hasrat aku menulis blog ini ialah untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang aku tau dan pelajari dengan pembaca -pembaca blog ini agar dapat memberi manfaat dan faedah sebanyak mungkin daripadanya. Harapan aku juga agar pembaca -pembaca blog ini juga tidak loket memberi pandangan dan teguran sekiranya berlakunya kesilapan dari penulisan aku. Aku amat alu - alukannya :). Salam Pengenalan Dariku, SQUTOPUS.  

" APABILA KITA IKHLAS MELAKUKAN SESUATU KERANA ALLAH, REZEKI AKAN DATANG MENCURAH - CURAH DENGAN SENDIRINYA "