Saturday, October 30, 2010

Promosi, promosi dan promosi


Usaha meningkatkan traffic untuk blog - blog aku menjadi focus pada minggu ini. Untuk tujuan tersebut, aku mula mempelajari tentang twitter melalui ebook (peringkat tadika lagi ni. huhuhu). Sebenarnya aku telah pun membuat satu akaun dengan twitter cuma aku tak tau macamana nak gunakan dan memanipulasikannya untuk mendapatkan traffic untuk blog - blog aku. Di samping itu, penglibatan aku dalam forum internet masih diteruskan bagi membina reputasi dan seterusnya mencipta potensi untuk menghasilkan para pengunjung setia. Memberi komen untuk blogger - blogger lain juga aku tak lupakan ditambah pula dengan meneruskan pula dengan sesi berfacebook. Sebenarnya aku takdelah terlalu fokus sangat untuk mendapatkan traffic sehinggakan semua orang yang di add nak diajak bertandang ke blog aku menyebabkan orang akan menyampah dengan kita. Keep it flows like natural :). Di bawah ini, ialah sumber yang menjana traffic untuk blog ini sepanjang hampir 2 bulan aku melibatkan diri dalam blogging. 

     
Ini adalah screen shot stat yang terdapat pada Blogger

Pada minggu ini juga, aku terpaksa delete beberapa blog dan kekalkan 3 blog iaitu blog ini, blog HantuPTC dan blog berbahasa inggeris untuk projek google adsense. Aku rasa aku tak boleh memberi komitmen untuk itu dengan kemampuan dan kemahiran yang aku ada sekarang. Aku juga berharap kat korang semua, tidak segan memberi cadangan atau komen jika cara aku ini tidak ataupun tidak effektif. Dari segi pendapatan pulak, harapan aku untuk memperoleh profit dari trading fx hancur apabila 2 akaun FX aku margin call (MC), 1 akaun tenat dan 1 akaun lagi telah aku topup balik. Tapi aku masih tak berputus asa kerana aku percaya kalau aku terus mendalami dan menambahkan lagi ilmu aku mengenainya, aku yakin keadaan akan berubah menjadi lebih baik. Apa - apapun aku tetap bersyukur aku masih dapat sedikit hasil dari program PTC yang aku sertai. 


RINGKASAN LANGKAH -LANGKAH SQUTOPUS 

Blogging
1)Meningkatkan jumlah trafik melalui twitter, FB dan forum - forum internet. 
2)Delete blog - blog yang tidak perlu dan kekalkan 3 blog iaitu blog squtopus, Hantu PTC dan blog untuk adsense

Trading FX
1)Topup satu akaun FX setelah akaun - akaun lain kecundang. 

6 comments:

  1. - Teruskan berblogging
    - Hasilkan artikel yang berkualiti
    - Rajin2 kan blogwalking
    - Belajar sikit-sikit pasal SEO
    - Konsisten ;)

    Insya Allah trafik naik la tu..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Boleh tau blogwalking tu apa ? Hehehe. Saya newbies lagi ni masih tak tau istilah2 yang blogger pakai:)

    ReplyDelete
  3. Blog walking maksudnya pergi ziarah ke blog blogger lain sambil-sambil tu ringan tangan mengomen ;-) baru create link

    ReplyDelete
  4. Ooo cam tu ke. Hehehe. Thank bro kerana sudi beri tunjuk ajar:)

    ReplyDelete
  5. Mati kawan, buat blog secara natural, tulis blog mengikut kebolehan dan minat kita, Jangan teriku-ikut orang, be yourself. Perlahan-lahan trafik akan hadir secara natural

    ReplyDelete