Thursday, October 14, 2010

Kerjaya - Kerjaya Yang Pernah Aku Buat - Episod 3

Nasib aku baik kali ini apabila tak sampai 2 bulan aku mendapat kerja yang baru. Kerja baru aku ini aku dapat melalui kawan baik satu kampung aku. Ketika itu, dia telah mengajak aku mencuba nasib memohon kerja sementara di loji Penyimpanan Gas Petronas berdekatan dengan rumah aku. Aku masih ingat pada pagi itu, aku dan kawanku pergi ke site office syarikat tersebut dan pagi itu juga aku dikehendaki menghadiri sesi taklimat keselamatan keesokan harinya. Sebenarnya aku tidak tahu apa kerja yang aku lakukan memandangkan inilah pertama kali aku mengalami pengalaman seperti ini. Berdebar - debar juga aku memikirkan apakah kerja yang bakal aku lakukan nanti. hehehe. Bila memikirkan kawan aku pun ada sekali dengan aku, perasaan itu terus berlalu. Biasanya masa tu masih remaja, setiap benda nak dibuat mesti nak ditemani member - member.

Hari sesi taklimat pun bermula, kawan aku tak dapat menghadiri sesi taklimat tersebut dan aku terpaksa menghadirinya seorang diri. Ketika itu, dengan karektor aku yang pendiam aku ini, tentu amat sukar bagiku menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Sejak dari peristiwa ini, secara tak langsung perwatakan aku telah bertukar menjadi lebih peramah dan friendly kerana desakan dari situasi sekeliling. 

Berbalik kepada cerita tadi, setelah aku selesai menjalani sesi taklimat, aku diberi coverall kerja, alat - alat keselamatan untuk bekerja dan mula bekerja pada hari tersebut. Barulah aku tahu bahawa kerja yang akan aku lakukan ini ialah kerja - kerja membaikpulih saluran gas kalau bahasa kampung aku ialah kerja Shutdown. Kerja - kerja ini dilakukan dalam kumpulan yang terdiri dari welder(Jurukimpal), fitter Tukang Pasang Paip), Semi Skill (Bertindak sebagai pembantu kepada Fitter dan Welder), Firewatch (Mengawasi kerja - kerja yang melibatkan penggunaan elekrik dan api) dan Helper (pekerja am atau kuli). Aku pula bertindak sebagai firewatch, semi skill dan helper sekaligus bergantung kepada situasi yang memerlukan. Di sini, aku banyak belajar ragam - ragam pekerja buruh, cara mereka bekerja, ragam tuan rumah (kakitangan - kakitangan logi yang terlibat) dan situasi bekerja yang penuh dengan risiko.  

Tentu korang berfikir aku ini berkerja untuk pihak mana ? Aku akan jelaskan sekarang. Setiap Pemilik Kilang atau Loji mesti memperuntukkan satu masa tertentu 1 - 2 bulan bergantung pada keadaan loji tersebut dalam memastikan pusat pemprosesan atau pengeluaran berfungsi dengan sempurna dan baik. Jadi, dalam tempoh tersebut, pihak loji merangkap tuan rumah akan melantik beberapa syarikat untuk melakukan kerja - kerja tersebut atau bahasa lain main contractor atau sub contractor. Jadi, aku ini bekerja untuk main contractorlah :). Aku dibayar RM6 setiap jam ketika itu. Dalam sebulan tu, pernah jugaklah aku merasa gaji hampir RM2k setelah membuat kerja lebih masa hingga lewat pagi. Aku berada di loji ini lebih kurang sebulan sebelum aku ditukarkan oleh syarikat ke loji Petronas yang lain kira - kira 1 jam perjalanan dari rumah aku hingga bulan November 2004 setelah selesai kerja - kerja shutdown. 





2 comments:

  1. Saudara tak ambil course Safety Health & Officer yang ada Green book dari JKKP. Gaji lumayan kalau kerja dengan O&G. Ambil sijil pun dah ok lepas tuh ambil periksa untuk dapatkan Green book

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih kerana memberi cadangan.Sebenarnya kalau boleh saya tak nak terlibat lagi dalam industri O & G memandangkan kesan kepada kesihatan jangkamasa panjang. Sekarang ini pun ada seorang doktor bagitau darah saya ni beracun akibat terdedah dengan merkuri sepanjang saya bekerja di loji gas dan petroleum.

    ReplyDelete