Thursday, October 7, 2010

Kerjaya - Kerjaya Yang Pernah Aku Buat - Episod 2

Semasa aku menuntut di kolej, aku telah mengambil jurusan teknologi automasi peringkat diploma. Pada masa itu, aku terlalu mengikut perasaan, leka dan main -main sehingga menyebabkan aku terlepas 1 tahun untuk menamatkan pengajian bersama rakan - rakan satu batch aku. Pada tahun akhir, aku dihantar menjalani praktikal di sebuah syarikat perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaran penghawa dingin untuk industri sebelum aku menamatkan pengajian diploma aku pada akhir tahun 2002.

Selepas memperoleh sijil diploma, aku cuba mencari kerja yang bertepatan dengan jurusan aku. Ketika itu, aku begitu cerewet memilih kerja konon - konon nak kerja jauh dari tempat lahir aku, gaji yang setaraf dan kesudahannya aku menganggur selama 2 tahun lebih. Aku pula rasa harga diriku semakin jatuh, rasa rendah diri, malu nak berjumpa dengan orang ramai kerana masalah ini. Yelah, kalau dah lama sangat menganggur, syarikat mana yang konfiden nak ambik kita bekerjakan ? Huhuhu. Kepada korang yang baru menamatkan pengajian, janganlah jadi macam aku, kalau tak dapat kerja yang diingini, janganlah memilih kerja dan carilah kerja apapun asalkan dia halal di sisi Allah. Sekurang -sekurangnya otak korang lebih terbuka sikit dengan pendedahan di alam pekerjaan yang mungkin akan membuka peluang yang baik untuk korang, mana taukan?

Akhirnya, pada awal tahun 2004, aku telah mendapat kerja yang pertama setelah sekian lama menganggur walaupun bekerja sebagai rakan kongsi perniagaan kawan - kawan ayahku. Aku merupakan rakan kongsi yang paling muda ketika itu dan dilantik sebagai administration manager (kononnya). Pada masa itu, kami hanya menjalankan perniagaan membekal tenaga kerja am untuk industri. Aku bekerja tanpa gaji dan secara sukarela memandangkan bisnes yang dijalankan masih setahun jagung dan tak patut aku berkira - kira tentang upah dari kerja yang aku sumbangkan. Lagipun aku anggap ia sebagai satu proses pembelajaran bagi aku. Selepas itu, kami telah menyewa satu bangunan dari pihak berkuasa tempatan dan membuka sebuah restoran serta menyediakan perkhidmatan mini hostel. Aku pun ditugaskan untuk menjadi pembancuh air tetap di restoran itu sementara waktu sementara menunggu arahan selanjutnya dari kawan ayahku yang bernama Hj. B merangkap rakan kongsi aku di samping 2 orang lagi iaitu seorang pesara tentera dan seorang jurutera.

Hampir 7 bulan juga aku bertugas sebagai pembancuh air dimana restoran itu dikendalikan Hj. B. 2 rakan kongsi aku yang lain bertindak sebagai pencari job untuk sumber kewangan syarikat (Entah - entah sleepy partner je). Selama itu juga aku memendam rasa, kecil hati terhadap Hj. B ini, masakan tidak, aku hanya dibayar RM200 aje sebulan. Mentang - mentanglah aku ini orang muda takut nak bersuara, senang - senang dia aje nak makan hasil kudrat orang. Dah la aku bekerja sepenuh masa kat restoran itu, aku pun ketika itu bukan budak yang kerja sementara menunggu result SPM jadi aku rasa tak sepatutnya aku dilayan macam itu. Akupun mengambil keputusan akhir bulan Julai 2004 aku meletak jawatan disebabkan terlalu kecewa dengan layanan dan sikap Hj. B yang tidak sensitif dengan situasi aku. Aku tak nak satu hari nanti bom jangka aku akan meletup dan mungkin boleh menyebabkan perhubungan persahabatan ayah aku dengan dia akan terjejas nanti. Oleh sebab itu, aku mengambil keputusan berhenti kerja.

Aku rasa aku perlukan masa untuk mengingati balik cerita - cerita mengenai pengalaman kerja aku. Bila aku dah mengingatinya, aku akan sambung cerita ini dalm Episod yang ke-3. Jom layan lagu yang touching ini dulu sebelum beredar. Hehehe.



 

2 comments:

  1. Saya simpati dengan saudara dan berharap pada ketika ini saudara sudah mendapat pekerjaan yang stabil. Perkara begini pernah terjadi pada saya apabila ramai kawan menyindir saya kerana salah ambil course di kolej dan pada krisis ekonomi bidang saya ceburi tidak terjejas sebaliknya kawan-kawan terpaksa dipaksa ambil VSS kerana industri elektronik paling teruk terjejas

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih kerana sudi memberi pendapat. Untuk pengetahuan saudara, kerjaya saya masih belum stabil tetapi saya akan terus berusaha untuk mencapai matlamat saya selagi nyawa dikandung badan.Saya harap dengan blog ini dapat menjalin persahabatan yang lebih erat dengan pembaca disamping menjadi teman dan motivasi buat saya terus bersemangat mengejar cita - cita.

    ReplyDelete