Sunday, November 21, 2010

Rangkuman 2 Minggu Kembara Squtopus



Pada 13hb November 2010, aku telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Kursus Workshop Percuma Ebay. Workshop tersebut bermula seawal 9.30 pg bertempat di hotel Concorde, Kuala Lumpur selama 2 jam dalam 3 sesi berasingan. Selepas aku menghadiri workshop percuma tersebut, ada juga idea - idea yang boleh aku gunakan serba sedikit untuk dipraktikkan di dalam Ebay. Bermula 7hb November, tindakan aku hanyalah tertumpu pada persiapan untuk ke sini. Aku belajar serba sedikit pasal Ebay melalui ebook supaya tidaklah blur sangat dengan maklumat - maklumat yang ingin disampaikan selama berada di workshop ebay tersebut. Tetapi ada perkara yang aku berasa sangat kecewa tentang Workshop Ebay ini. Aku akan ceritakan kemudian pada posting yang akan datang. Selepas pulang semula ke rumah dari Kuala Lumpur pada malam hari ahad  14hb November lalu, aku mula berblogging tetapi tak macam biasa, 2 minggu ini, aku seperti kehabisan idea untuk menaip. 

Hari raya haji yang pertama, Allah dah menunjukkan jalan pada aku untuk keluar dari krisis kewangan yang teruk ini. Seorang kenalan aku yang kebetulan membeli saham syarikat dari kawannya menawarkan aku bekerja untuk syarikat tersebut dengan gaji RM800 sebulan. Alhamdulillah, betapa Maha Penyayang Allah kepadaku walaupun aku selalu melanggar suruhanNya :-(. Dia tetap memberi kemudahan bagiku mengharungi hidup. Insya allah, kalau betul seperti yang dikatakannya, bulan Desember ini aku sudah boleh mula bekerja di syarikat tersebut. Tugas aku lebih kepada kerja - kerja pengkeranian. Syarikat ini menjalankan perkhidmatan dalam bidang kejuruteraan elektrik. Kerja - kerja aku yang lain yang berjalan seperti biasa sepanjang 2 minggu ini ialah forex trading dan ptc program yang kini sudah mengumpul sebanyak USD26. 

*P/S: 2 Minggu ini perasaan malas aku semakin menjadi - jadi. Huhuhu


RINGKASAN LANGKAH - LANGKAH SQUTOPUS 

1)Menghadiri Workshop Ebay di Kuala Lumpur
2)Mendapat Peluang Kerja sebagai kerani bermula bulan Desember 2010.
3)Menjalankan aktiviti blogging, forex dan program PTC. 


2 comments:

  1. Ada plan nak perniagaan secara online? Dah ada produk untuk dipasarkan?

    ReplyDelete
  2. Ingat nak pakai method dropshipping dulu. Satu lagi nak tanya bro. Kalau nak buat debit card, apa requirement dia ? Pasal saya ni kerja pun lum lagi. statement gaji pun takde. Kot - kot ada solution lain yang lebih mudah untuk verified akaun paypal saya.

    ReplyDelete