Saturday, November 6, 2010

Ebay dan Temuduga Jawatan IT Department.

Pada minggu ini, aku telah menghadiri satu temuduga di Resident Inn sebagai jawatan IT setelah mendapat berita kekosongan jawatan melalui adik memberku yang kebetulan bertugas di bahagian Human Resources Department. Sebelum ini, aku telah pun pergi ke Jabatan Tenaga Kerja berhampiran untuk short list kerja - kerja yang akan aku apply nanti. Aku target aku mesti dapatkan kerja walaubagaimana sekalipun sebelum masuk tahun baru. Untuk temuduga jawatan IT ini, aku telah diberitahu oleh adik memberku ini yang bernama Cik W bahawa kerja IT ditempatnya memerlukan seorang yang tahu selok belok tentang pembaikian komputer. Dari ceritanya, pejabatnya itu hanya mempunyai beberapa buah komputer dan sistem networkingnya taklah sofistikated sangat dan akupun yakin memandangkan dari permasalahan komputer yang selalu berlaku dipejabatnya boleh aku atasi dengan tahap pengetahuan yang aku ada sekarang. Terus terang  aku cakap bahawa aku tiada sebarang sijil yang berkaitan dengan IT ini dan ini sedikit sebanyak menjejaskan permohonan kerja aku. Tentu korang ingat aku dapat kerja ini kan memandangkan Cik W sendiri bertugas di bahagian HR ?.Tunggu.... aku akan ceritakan keputusan temuduga ini kemudian.Hehehe.Sebenarnya Cik W baru bertugas di sana kira - kira 3 bulan dan kuasa pengambilan pekerja masih terhad dan di bawah penyeliaan orang atasnya. Jadi, dia terpaksa menunggu mendapat pengesahan terlebih dahulu untuk sesi panggilan temuduga.

Akhirnya pada hari khamis, aku mendapat panggilan menghadiri temuduga daripada pihak Resident Inn dan malangnya aku gagal mendapat kerja yang dipohon. :-(. Huhuhu. Sebabnya bidang tugasan IT yang dikehendaki oleh pihak resident memerlukan tahap kemahiran yang diluar kemampuan dan pengetahuan aku. Mereka menghendaki seseorang yang boleh set up server, membina laman web, mahir sistem kawalan berpusat di samping membuat tugas rutin cleanup sistem dan troubleshooting komputer. Aku hanya setakat tau general troubleshooting dan basic computer networking sahaja. Gaji yang di tawarkan sekitar RM700 - RM1000. Setahu aku bidang tugasan IT yang macam ini sekurang - kurangnya RM1500 ke atas kalau mengikut rate gaji. Ada sapa - sapa yang boleh bagi jawapan lebih tepat tak ? Oleh kerana aku tahu tahap kemampuan aku, aku pun terpaksa menolak kerja ini kerana aku memohon kerja ini atas dasar ingin menampung pendapatan aku yang tiada duit masuk buat masa sekarang. Lagipun komitmen yang diperlukan agak tinggi dan ini akan menyukarkan aku untuk memberi tumpuan pada pendapatan internet yang baru aku bina. Satu  lagi, orang atasan Cik W ini pun nampak macam tak berminat nak menawarkan kerja ini padaku setelah dia mengetahui tahap pengetahuan dan kemahiran aku. Aku redha dan percaya bahawa ini bukan rezeki aku.


Sementara itu, dalam bidang pendapatan internet pulak, aku telah pun membuat pendaftaran untuk menyertai workshop percuma memulakan perniagaan Ebay di Kuala Lumpur. Kalau nak tau lebih lanjut, korang leh melayari website prousahawan pada 13 November ini. Ini adalah sedikit dari usahaku dalam membina empayar perniagaan internet. Nanti selepas kursus, aku kongsikan pengalaman aku sepanjang berada di workshop tersebut. Pada masa yang sama, aku telah membuat satu akaun Ebay untuk aku mengexplore sedikit sebanyak fungsi - fungsi pada laman web tersebut dan belajar serba sedikit dari ebook yang berkaitan. Manakala urusan blogging aku berjalan seperti biasa dan ada nampak sedikit kemajuan dari semasa ke semasa walaupun perlahan. 


RINGKASAN LANGKAH - LANGKAH SQUTOPUS

Dunia Realiti
1)Mengambil senarai kerja - kerja (kerja bergaji rendah sekitar 800 ke bawah) dari Jabatan Tenaga Rakyat untuk dihubungi kemudian jika masih buntu mendapat kerja sebelum masuk tahun baru.
2)Temuduga jawatan IT di Resident Inn tapi gagal.

Pendapatan Internet
1)Membuat pendaftaran untuk menyertai Workshop Ebay Percuma pada 13 November 2010.
2)Membuat satu akaun Ebay 
3)Berblogging seperti biasa

6 comments:

  1. Kalau basic gaji 8rat-1k memang stardard kerja dengan swasta...

    1.2k-1.5k kerja dgn Gomen...
    kerja technician schoolnet...

    gaji dgn Gomen dah mahal beb...


    Set up server, membina laman web, mahir sistem kawalan berpusat...
    itu masih tahap basic...
    masih dalam Local Area Network...
    kerja seorang technician...

    kalau budak bujang baru dapat sijil kemahiran
    dapat gaji 8rat...
    kira ok lar..
    Ape yang penting cari pengalaman...


    Ape2 pun teruskan usaha anda...

    ReplyDelete
  2. Ooo macam itu ke ? Thank for your info.Almaklumlah ini baru first time nak apply kerja macam itu tanpa sijil.Hehehe

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat2 dapat kerja hendaknya. Amin.

    ReplyDelete
  4. belajar buat duit melalui ebay bagus jugak tu hehe

    ReplyDelete
  5. Baru nak mencuba ni.Hehehe.Kalau ada ilmu dan info2 terkini, sudi - sudikanlah berkongsi di sini ye:)

    ReplyDelete