Sunday, January 16, 2011

Tahun 2011 Yang Terlewat

Salam kepada semua pembaca ,

Hari ini merupakan posting yang pertama aku sempena pembukaan tahun baru 2011. Rasanya tak salah aku mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 walaupun sudah agak terlewat. Hehehe. (Malu pun ada aku rasa, orang lain punya blog semua dah masuk gear 2, aku masih terkemut - kemut nak masukkan kunci untuk hidupkan enjin. Huhuhu). Sebenarnya , sepanjang "kehilangan" aku di dunia blogging terhenti seketika kerana aku terlalu sibuk membuat persediaan untuk memperkemaskan perancangan aku untuk menempatkan diri di dalam dunia perniagaan online dan aku pun telah membulatkan tekad, komitmen dan fokus ke arah itu. Kalau korang nak tau apakah perniagaan online yang aku maksudkan itu, aku akan ceritakan dari semasa ke semasa cerita mengenainya sepanjang tahun 2011 ini.

Sedar tak sedar, rupa - rupanya aku masih ada masa 4 Tahun 7 Bulan lagi untuk mencapai kebebasan kewangan atau dalam omputihnya "financial freedom". Buat masa sekarang, tahap kewangan aku masih lagi tenat walaupun tidak setenat dulu berikutan kerja tetap yang telah aku perolehi pada akhir tahun 2010. Namun begitu, adalah sedikit modal untuk aku teruskan usaha 4 Tahun 7 Bulan itu :-). Untuk memulakan mood dan semangat yang baru tahun 2011 ini, aku telah membuat sedikit perubahahan pada imej blog aku walaupun just tukar - tukar kaler dan background almaklumlah aku tak pandai nak main CSS, HTML, XML language programming neh, tau pun hanya sekadar kulit - kulit aje. Hehehe. Mungkin tahun ini kot nak selam dalam - dalam sikit ilmu ini. Aku rasa sekian sajelah coretan buat kali ini bagi sesi pemanas badan tahun 2011. Kepada semua rakan - rakan blogger yang lain, harap korang semua lebih maju dan sekurang - kurang lebih baik dari tahun lepas. Sokonglah blogger tempatan. Adess, berkempenla pulak.


* Lagu ini kredit to Ladyakustika dari Johor Bahru

Thursday, December 16, 2010

Terima Kasih Sahabat - Sahabat Blogku.

Untuk pengetahuan para sahabat pembaca sekalian, secara jujurnya aku katakan modal aku hanyalah sebuah komputer meja, sambungan internet, otak aku dan sedikit duit di bawah nilai RM500 sebelum aku membulatkan tekad untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun dari blog squtopus ini bermula. Adakah cita - cita aku ini akan menjadi angan - angan Mat Jenin atau bakal sehebat Bill Gate (Terlampaukah cita - cita aku ini. Hehehe), aku serahkan kepada Allah Yang Maha Pemurah untuk menentukan kesudahannya. Yang penting bagi aku, aku mesti melakukan apa yang perlu dibuat untuk ke arah itu tanpa terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri sehingga secara tak disedari menafikan ketentuan dariNya. Nauzubillah. Aku pernah berjumpa dengan seorang kenalan yang terlalu bermotivasi sehingga seolah - olah dia mempunyai hak mutlak atas apa yang telah dimiliki.

Kalau di lihat pada prestasi blog - blog aku sekarang, aku sedar masih banyak benda lagi yang perlu dipelajari dan masih amat jauh lagi perjalanan aku untuk sampai ke matlamat. Akan tetapi aku yakin sekiranya kita memberi komitmen dan usaha yang berterusan tanpa jemu dan putus asa, aku yakin tuhan pasti akan memudahkan urusanku nanti malah berkenan untuk mengurniakan "shortcut" ke arah itu asalkan aku tak putus - putus mengingatiNya. Aku sendiri mengakui pada blog aku tiada artikel - artikel yang hot, killer untuk dibaca tapi kalau ada yang sudi membaca coretan aku ini, aku amatlah berterima kasih kepada mereka. Aku anggap ia  satu penghargaan yang tak ternilai pada aku. :-). 

*P/S: Kepada akubiomed, kaki gurau, Cik Nass, Che Ahmad, Syafrizal terima kasih diucapkan kerana telah memberi respon terhadap coretan aku di blog ini. Tidak lupa juga kepada follower blogku yang sudi memberi dorongan kepadaku secara langsung ataupun tak langsung dalam menyesuaikan diri dalam dunia blogosphere ini.

Saturday, December 11, 2010

Minggu Belajar Ebay

Ebay menjadi fokus aku pada minggu ini. Sehingga ke hari ini, aku masih belum memulakan perniagaan dengan Ebay lagi memandangkan akaun Paypal aku masih belum disahkan (Akaun Paypal aku masih dalam Unverified Status) lagi oleh pihak Paypal. Sebelum itu, aku telah pun memohon pengesahan itu pada 9 December menerusi kad debit gambar ceri dari Maybank di mana menurut paypal proses itu memakan masa 3 hari. Akaun Ebay dah ada cuma tunggu verify akaun Paypal sahaja sebelum aku mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan Ebay ini. Pada masa yang sama, aku telah mendalami ilmu - ilmu berjual beli di Ebay untuk meningkatkan keyakinan dan pengetahuan. Sebenarnya aku takut jugak nak menceburi bidang ebay ini memandangkan banyak hidden cost yang boleh menyebabkan kita kecundang dalam Ebay ini di samping beberapa masalah yang sering menghantui Ebayer yang aku kenalpasti melalui pembacaan aku di blog - blog dan forum. Apa - apapun kita kena berani menghadapinya bak kata motivasi yang sering kita dengar "Orang Yang Berjaya Ialah Orang Yang Berani Untuk Gagal Dan Belajar Dari Kegagalan". Aku juga telah menyenaraikan beberapa syarikat dropship dan mengenalpasti respon dari pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan dari mereka. Memang agak sukar nak mengenalpasti syarikat tersebut memandangkan banyak faktor perlu di ambilkira bagi menilai prestasi sesebuah syarikat dropship.   

Berkenaan dengan jadual baru aku, nampaknya minggu ini aku gagal memenuhi aktviti yang perlu dibuat atas beberapa sebab iaitu masalah kepenatan mental dan fizikal serta beberapa tabiat yang tidak patut di amalkan untuk menjadi orang yang berjaya. Aku telah mengenalpasti kelemahan - kelemahan tersebut dan merancang untuk membuat sedikit modifikasi bagi membolehkan aku membahagi masa dengan efektif. Aktiviti berPTC, berForex dan berblogging terpaksa aku kurangkan sikit demi memberi tumpuan pada Ebay. 

Sementara itu, kerja aku di dunia realiti pada minggu ini aku perlu menyiapkan 2 tender bid invitation dari Petronas Carigali di samping membuat kerja - kerja berkaitan dengan sistem dokumen syarikat dan pertambahan arahan kerja seperti cara mengenalpasti tender - tender yang dikeluarkan oleh TNB dan Syarikat Swasta. Setakat ini, alhamdullillah, aku dapat mengatasinya dengan tenang walaupun masih terkemut - kemut membuat kerja. Hehehe.





RINGKASAN LANGKAH - LANGKAH SQUTOPUS

Dunia Cyber
1)Memohon pengesahan akaun Paypal menerusi Debit Card Maybank.
2)Mendalami ilmu Ebay melalui forum dan ebook.
3)Menyenaraikan syarikat dropship dan membuat penilaian ke atas mereka. 


Dunia Cyber
1)Belajar cara mengenalpasti tender - tender yang dikeluarkan melalui TNB dan Syarikat Swasta Berkenaan.
2)Menyiapkan 2 tender bid invitation dari Petronas Carigali.
3)Membuat kerja - kerja berkaitan dengan sistem syarikat ( Filing, Invoice, DO,PO dll.)

Saturday, December 4, 2010

Pembahagian Masa

Sepatutnya aku perlu memulakan tugas sebagai admin assistant pada 1 December lalu setelah persetujuan 2 belah pihak antara aku dan kawan aku ( yang offer aku untuk kerja ini). Namun begitu, disebabkan ada tugas urgent iaitu untuk menyiapkan dan menyediakan documentation untuk sebuah tender, aku dikehendaki bertugas lebih awal iaitu pada 29 November 2010. Sebenarnya ini kali pertama aku ditugaskan terlibat secara langsung dalam penyediaan tender ini, agak peninglah jugak kepala aku nak menyelesaikan tugas ini tambah - tambah pula dah lama aku tak bergiat dalam bidang ini hmm maksud aku bidang industri gas dan petroleum. Otak pun masih berkarat dan kerja pun jadi lebih slow dari biasa. Alhamdulillah hasil dari bantuan 2 orang bosku, tugasan itu berjaya disiapkan pada masa yang ditetapkan walaupun aku rasa macam tak sempurna. huhu. Sepanjang minggu ini juga, aku diberitahu bidang kerja aku secara terperinci dan pada pandangan aku, kerja ini memerlukan komitmen yang agak tinggi terutamanya dari segi penggunaan masa. Apa - apapun, aku telah membulatkan tekad untuk meneruskan dan bersikap tunggu dan lihat apa yang akan terjadi seterusnya.

Apa yang membimbangkan aku sekarang bagaimana aku nak membahagikan masa untuk kerja ini dengan kerja berkaitan dengan pendapatan internet. Aku telah membuat penjadualan semula aktiviti seharian aku dengan lebih efektif  dan aku bercadangkan ingin memperaktikkannya pada minggu depan.Pada masa yang sama, aktiviti pendapatan internet tetap masih berjalan pada minggu ini ( PTC, Forex dan Blogging ) walaupun sedikit merosot disebabkan peruntukan masa semakin terbatas setelah aku mendapat kerja baru ini. Pada minggu ini juga, aku telah membuat VISA debit kad dari Maybank sebagai langkah awal aku nak menceburi bidang perniagaan Ebay. Kad tersebut penting untuk mengesahkan akaun Paypal aku bagi memudahkan aku berurusniaga di Ebay di samping menambah fungsikan lagi perkhidmatan paypal. Sehingga saat ini, aku masih belum mengesahkan lagi akaun Paypal kerana ada perkara yang masih meragui aku. Insya Allah, minggu depan akaun Paypal aku akan disahkan. Hehehe. "Setiap Kejayaan datang dari bermacam - macam pengorbanan". Aku yakin aku mampu mencapai kejayaan asalkan aku tak merungut dan mencipta pelbagai alasan untuk mengharungi cabaran demi cabaran.    

Sebahagian Dari Jadual Pembahagian Masa Yang Telah Aku Buat (Mungkin Aku Sorang Je Yang Faham Kot. Hehehe)




RINGKASAN LANGKAH - LANGKAH SQUTOPUS

Dunia Realiti
1)Menyiapkan tender dan rfq dari pelanggan - pelanggan (Memulakan tugas sebagai pembantu tadbir)
2)Membuat jadual pembahagian masa untuk kerja dan pendapatan internet.

Dunia Cyber
1)Membuat debit kad VISA dari Maybank untuk mengesahkan akaun Paypal.
2)Aktiviti pendapatan internet masih berjalan walaupun peruntukan masa semakin terbatas, 


 

Sunday, November 28, 2010

Akhirnya Aku Mendapat Kerja Sebelum Tahun 2011 Menjengah :)

Pada minggu ini, aku dapat rasakan tahap kewangan aku semakin baik secara perlahan - lahan walaupun masih berada dalam situasi kritikal. Pada hari isnin 28 November 2010 ini, secara rasmi aku akan bekerja sebagai "admin asistant" di sebuah syarikat yang baru berusia lebih kurang 2 tahun (Hal ini telah aku ceritakan pada posting sebelum ini). Akhirnya hasrat aku untuk mendapat kerja sebelum masuk tahun 2011 tercapai dan diperkenankan oleh Allah S.W.T.Tugas aku di sini ialah menyediakan dokumen berkaitan tender, sebutharga dan kerja - kerja pejabat yang umum. Dengan kerja yang aku perolehi ini, dapatlah aku meneruskan kerja - kerja berkaitan dengan pendapatan internet di sebelah malam memandangkan waktu kerja aku terhad pada waktu pejabat sahaja ( 8.30 pg - 5 ptg ). Nampaknya aku perlu menyusun jadual yang lebih teratur agar aku dapat membahagikan masa dalam mengimbangi kerja realiti dan kerja internet aku.Sape - sape leh bagi tips tak dalam membahagikan masa ? Hehehe 

Sementara itu , aktiviti blogging aku berjalan seperti biasa walaupun tak seaggresif pada permulaan dulu. Cuma blog untuk projek Google Adsense aku terbantut kerana ketandusan idea dalam mencari artikel - artikel yang betul aku hajati. Huhuhu. (Aku masih tak berputus asa lagi tau :-) ). Namun begitu, aku boleh berasa gembira sedikit kerana prestasi FX trading aku memuaskan pada minggu ini dengan profit dari urusniaga yang dijalankan mencecah hampir 90%. (Modal Ciput bangat sih lambat lagi nak kaya. kuikuikui). Dalam masa itu juga, aku telah menyertai program affliate KOD ADSENSE dari anak tempatan yang dikenali sebagai "wana ozie"(Baru register, tak promote lagi pun). 


*P/S: Hmm kalau dah ada banner, kira dah promote la tu :-p


RINGKASAN LANGKAH - LANGKAH SQUTOPUS

Dunia Realiti
1)Mendapat Kerja sebagai Pembantu Tadbir di sebuah syarikat perkhidmatan kerja - kerja kejuruteraan elektrik

Dunia Cyber
1)Meneruskan aktiviti blogging macam biasa.
2)Berjaya memperolehi profit hampir 90% dari FX Trading
3)Menyertai program Affliate Kod Adsense dari Wana Ozie


Monday, November 22, 2010

Nak Bagi Ilmu Percuma Atau Nak Promosi Bisnes ?

Laman Web Penganjur Workshop Percuma Ebay
Sebelum itu, aku nak memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung dengan posting aku ini secara langsung ataupun secara tidak langsung. Aku hanya meluahkan apa yang aku rasa berdasarkan pengalaman aku sendiri. Pada posting sebelum ini, aku telah mengatakan bahawa aku amat kecewa menyertai workshop berkenaan dan aku akan ceritakan sebab - sebab mengapa aku berkata sedemikian.

Cuba korang semua baca apa yang terkandung dalam kotak merah yang aku telah tandakan yang bertulis "Woksyop Percuma" bukan sesi kursus pengenalan, taklimat ringkas atau yang seumpamanya kan ? Tengok pulak venue workshop ini yang bertempat di Hotel Concorde, Kuala Lumpur yang bertaraf 4 bintang. Sudah semestinya korang semua agak teruja untuk menghadirinya atau mungkin aku sorang yang naif kerana terpedaya dengan trick marketing seperti ini. Bagi aku, kalau dah dinamakan workshop percuma, aku sangkakan mesti aku akan diterangkan step by step camana nak memulakan perniagaan Ebay di samping sesi demontrasi bagaimana sesi jual beli ebay ini berlaku. Dengan title "Percuma" dari iklan yang dipaparkan , aku taklah mengharapkan kesempurnaan dari program ini tapi sudah memadailah ilmu yang diperolehi digunapakai untuk memulakan bisness ebay secara kecil -kecilan buat permulaan. Nasib baiklah aku dah study serba sedikit pasal Ebay ini terlebih dahulu jadi taklah blur sangat apabila di beri penerangan oleh penceramah. Bagaimana pula bagi orang yang ZERO pasal Ebay ini ? Aku pikir mesti sia - sia dorang datang kerana penerangan yang diberikan terlalu asing bagi mereka dan penceramah hanya fokus bercerita tentang produk dorang, proses jual beli berjalan yang pada aku orang yang ZERO pasal Ebay atau perniagaan internet pastinya tidak dapat catchup apa yang diterangkan. Aku sekali lagi memohon maaf sekiranya ini adalah kebiasaan amalan program berbentuk seperti ini kerana inilah kali pertama aku menghadiri program sebegini.

Selepas itu, aku baru mengetahui motif workshop ini dibuat iaitu untuk mempromosi kursus berbayar RM2800 sekali seumur hidup. Sesiapa yang menyertai kursus ini secara automatik berdaftar sebagai komuniti peniaga Ebay berkenaan di samping menikmati kelebihan - kelebihan lain. Bagi aku yang menghadapi masalah kewangan yang kronik, semestinya kos kursus ini adalah diluar kemampuan aku. Lagipun, mana mungkin aku melaburkan duit sebanyak sedemikian pada sesuatu yang belum nampak hasilnya lebih - lebih lagi pada pihak yang aku tak tahu sejauh mana prestasi kejayaan dan reputasinya. Namun begitu, aku takdelah mengatakan workshop ini takde manfaat langsung, sekurang - kurangnya aku dapat juga belajar cara dan idea dorang mempelbagaikan bisness dari Ebay ini. 

Aku terkilan sangat pada program ini kerana :

1) Tak dapat maklumat apa keperluan yang perlu ada sebelum seseorang memulakan bisness menerusi Ebay.
2) Cara - cara mengesahkan akaun Paypal secara lengkap.
3) Masalah - masalah berkaitan Paypal dan Ebay yang biasa dialami oleh pengguna Ebay dan penyelesaiannya.
  

Sunday, November 21, 2010

Rangkuman 2 Minggu Kembara Squtopus



Pada 13hb November 2010, aku telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Kursus Workshop Percuma Ebay. Workshop tersebut bermula seawal 9.30 pg bertempat di hotel Concorde, Kuala Lumpur selama 2 jam dalam 3 sesi berasingan. Selepas aku menghadiri workshop percuma tersebut, ada juga idea - idea yang boleh aku gunakan serba sedikit untuk dipraktikkan di dalam Ebay. Bermula 7hb November, tindakan aku hanyalah tertumpu pada persiapan untuk ke sini. Aku belajar serba sedikit pasal Ebay melalui ebook supaya tidaklah blur sangat dengan maklumat - maklumat yang ingin disampaikan selama berada di workshop ebay tersebut. Tetapi ada perkara yang aku berasa sangat kecewa tentang Workshop Ebay ini. Aku akan ceritakan kemudian pada posting yang akan datang. Selepas pulang semula ke rumah dari Kuala Lumpur pada malam hari ahad  14hb November lalu, aku mula berblogging tetapi tak macam biasa, 2 minggu ini, aku seperti kehabisan idea untuk menaip. 

Hari raya haji yang pertama, Allah dah menunjukkan jalan pada aku untuk keluar dari krisis kewangan yang teruk ini. Seorang kenalan aku yang kebetulan membeli saham syarikat dari kawannya menawarkan aku bekerja untuk syarikat tersebut dengan gaji RM800 sebulan. Alhamdulillah, betapa Maha Penyayang Allah kepadaku walaupun aku selalu melanggar suruhanNya :-(. Dia tetap memberi kemudahan bagiku mengharungi hidup. Insya allah, kalau betul seperti yang dikatakannya, bulan Desember ini aku sudah boleh mula bekerja di syarikat tersebut. Tugas aku lebih kepada kerja - kerja pengkeranian. Syarikat ini menjalankan perkhidmatan dalam bidang kejuruteraan elektrik. Kerja - kerja aku yang lain yang berjalan seperti biasa sepanjang 2 minggu ini ialah forex trading dan ptc program yang kini sudah mengumpul sebanyak USD26. 

*P/S: 2 Minggu ini perasaan malas aku semakin menjadi - jadi. Huhuhu


RINGKASAN LANGKAH - LANGKAH SQUTOPUS 

1)Menghadiri Workshop Ebay di Kuala Lumpur
2)Mendapat Peluang Kerja sebagai kerani bermula bulan Desember 2010.
3)Menjalankan aktiviti blogging, forex dan program PTC.