Sunday, January 16, 2011

Tahun 2011 Yang Terlewat

Salam kepada semua pembaca ,

Hari ini merupakan posting yang pertama aku sempena pembukaan tahun baru 2011. Rasanya tak salah aku mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 walaupun sudah agak terlewat. Hehehe. (Malu pun ada aku rasa, orang lain punya blog semua dah masuk gear 2, aku masih terkemut - kemut nak masukkan kunci untuk hidupkan enjin. Huhuhu). Sebenarnya , sepanjang "kehilangan" aku di dunia blogging terhenti seketika kerana aku terlalu sibuk membuat persediaan untuk memperkemaskan perancangan aku untuk menempatkan diri di dalam dunia perniagaan online dan aku pun telah membulatkan tekad, komitmen dan fokus ke arah itu. Kalau korang nak tau apakah perniagaan online yang aku maksudkan itu, aku akan ceritakan dari semasa ke semasa cerita mengenainya sepanjang tahun 2011 ini.

Sedar tak sedar, rupa - rupanya aku masih ada masa 4 Tahun 7 Bulan lagi untuk mencapai kebebasan kewangan atau dalam omputihnya "financial freedom". Buat masa sekarang, tahap kewangan aku masih lagi tenat walaupun tidak setenat dulu berikutan kerja tetap yang telah aku perolehi pada akhir tahun 2010. Namun begitu, adalah sedikit modal untuk aku teruskan usaha 4 Tahun 7 Bulan itu :-). Untuk memulakan mood dan semangat yang baru tahun 2011 ini, aku telah membuat sedikit perubahahan pada imej blog aku walaupun just tukar - tukar kaler dan background almaklumlah aku tak pandai nak main CSS, HTML, XML language programming neh, tau pun hanya sekadar kulit - kulit aje. Hehehe. Mungkin tahun ini kot nak selam dalam - dalam sikit ilmu ini. Aku rasa sekian sajelah coretan buat kali ini bagi sesi pemanas badan tahun 2011. Kepada semua rakan - rakan blogger yang lain, harap korang semua lebih maju dan sekurang - kurang lebih baik dari tahun lepas. Sokonglah blogger tempatan. Adess, berkempenla pulak.


* Lagu ini kredit to Ladyakustika dari Johor Bahru

2 comments:

  1. Lama juga bro tidak kemaskini blog. Sibuk kot :-)

    Theme air memang mendamaikan mata setiap pengunjung blog ini

    ReplyDelete
  2. Memang sibuk bro. Almaklumlah dulu fulltime skrg dah jadi quarter time pasal kena bahagi masa dengan nak setup bisness online + blogging + gain knowledge + practice + campur belajar teknik - teknik im. Sekarang ni mmg komitmen bagi kat online biz dulu. Nanti dah jalan elok dan stabil baru kencang sikit nak berblogging. Hehehe.Psst ade tip terbaik tak nak bahagi masa bro?

    ReplyDelete