Thursday, December 16, 2010

Terima Kasih Sahabat - Sahabat Blogku.

Untuk pengetahuan para sahabat pembaca sekalian, secara jujurnya aku katakan modal aku hanyalah sebuah komputer meja, sambungan internet, otak aku dan sedikit duit di bawah nilai RM500 sebelum aku membulatkan tekad untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun dari blog squtopus ini bermula. Adakah cita - cita aku ini akan menjadi angan - angan Mat Jenin atau bakal sehebat Bill Gate (Terlampaukah cita - cita aku ini. Hehehe), aku serahkan kepada Allah Yang Maha Pemurah untuk menentukan kesudahannya. Yang penting bagi aku, aku mesti melakukan apa yang perlu dibuat untuk ke arah itu tanpa terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri sehingga secara tak disedari menafikan ketentuan dariNya. Nauzubillah. Aku pernah berjumpa dengan seorang kenalan yang terlalu bermotivasi sehingga seolah - olah dia mempunyai hak mutlak atas apa yang telah dimiliki.

Kalau di lihat pada prestasi blog - blog aku sekarang, aku sedar masih banyak benda lagi yang perlu dipelajari dan masih amat jauh lagi perjalanan aku untuk sampai ke matlamat. Akan tetapi aku yakin sekiranya kita memberi komitmen dan usaha yang berterusan tanpa jemu dan putus asa, aku yakin tuhan pasti akan memudahkan urusanku nanti malah berkenan untuk mengurniakan "shortcut" ke arah itu asalkan aku tak putus - putus mengingatiNya. Aku sendiri mengakui pada blog aku tiada artikel - artikel yang hot, killer untuk dibaca tapi kalau ada yang sudi membaca coretan aku ini, aku amatlah berterima kasih kepada mereka. Aku anggap ia  satu penghargaan yang tak ternilai pada aku. :-). 

*P/S: Kepada akubiomed, kaki gurau, Cik Nass, Che Ahmad, Syafrizal terima kasih diucapkan kerana telah memberi respon terhadap coretan aku di blog ini. Tidak lupa juga kepada follower blogku yang sudi memberi dorongan kepadaku secara langsung ataupun tak langsung dalam menyesuaikan diri dalam dunia blogosphere ini.

2 comments:

  1. Jgn risau tuan..dgn corak pemikiran tuan sekrang, saya yakin tuan boleh capai matlamat...keupayaan tuan berada pada garis pertegahan antara dua dimensi kuasa ini,akan menjadi landasan utk kejayaan tuan.Saya merujuk kpd kata2 tuan ni"Aku pernah berjumpa dengan seorang kenalan yang terlalu bermotivasi sehingga seolah - olah dia mempunyai hak mutlak atas apa yang telah dimiliki"

    ReplyDelete
  2. Thanks orbit jiwa kerana bagi dorongan. Saya doakan tuan juga akan memperoleh kejayaan yang lebih gemilang di kemudian hari.

    ReplyDelete